01 February 2023

ALMY NADIA JADI MANGSA 'BODY SHAMING' & SERING DIHINA - FIZZ FAIRUZ TERIMA ISTERI SEADANYA: "HATI SAYA TETAP PADANYA"



"Saya suka Almy bertubuh gemuk kerana kalau dia kurus seperti model, dia mungkin tidak dapat memiliki kebahagiaan seperti sekarang. Dia patut bersyukur kerana dapat menguruskan keluarga dan rumah tangga kami juga dikurniakan dengan empat anak.


"Sebagai lelaki, tipulah kalau saya tidak pandang perempuan cantik yang lalu depan mata. Tapi saya beritahu Almy, saya cuma pandang saja tetapi hati tetap padanya," ujar pelakon Datuk Fizz Fairuz, 44, dimana dia menerima segala kekurangan yang ada pada isterinya, pelakon Datin Almy Nadia, 37, sejak rumah tangga mereka dikurniakan dengan empat cahaya mata.

Difahamkan, Almy pernah merancang untuk melakukan pembedahan bariatrik untuk menguruskan badan selepas sering menjadi mangsa 'body shaming' dan hinaan daripada netizen.

Bagaimanapun, suaminya mempertimbangkan semula hasratnya itu kerana Almy perlu menguruskan keluarga dan empat anak mereka yang masih kecil dan bersekolah.

Klik untuk gambar besar



"Saya pernah menggalakkan Almy untuk menurunkan berat badannya tetapi tengok dulu cara yang macam mana kerana sekarang ada bermacam cara untuk kuruskan badan.

"Kalau nak potong usus (pembedahan bariatrik) macam mana dia nak bertahan dalam masa dua minggu selepas pembedahan? Anak-anak kami masih kecil dan ada yang menyusu badan. Almy juga perlu menghantar dan mengambil anak dari sekolah setiap hari.

"Almy yang tidak mahu kami mengambil pembantu rumah atau saya sediakan pemandu untuk menghantar anak sekolah kerana dia mahu menguruskan semuanya sendiri," kata Fizz.



Bercakap mengenai hinaan netizen terhadap isterinya, Fizz berkata, dia menasihatkan Almy supaya cekal untuk berdepan dengan segala kritikan di media sosial.

"Almy selalu buat ulasan membabitkan makanan tambahan di Instagram. Dia juga mengadu kepada saya orang menghinanya dengan panggilan 'gemuk macam beruang', 'badang' dan sebagainya yang membuat dia sedih.

"Saya sudah beritahu Almy sejak awal lagi, Jika dia mahu buat ulasan makanan, dia kena kuat bila kena 'body shaming'. Kalau saya sendiri boleh berdepan dengan segala kritikan dan kecaman daripada netizen selepas berkecimpung selama 20 tahun dalam bidang seni, dia juga boleh melakukannya. Kalau tidak mahu kena kecam jangan jadi artis," tuturnya.



Sebelum ini, Almy yang kerap membuat ulasan makanan di media sosial itu meluahkan rasa sedih apabila menerima kata-kata kesat daripada segelintir netizen.

Malah, ada pihak yang mengaitkan keguguran dialaminya pada Februari 2020 juga berpunca dari pengambilan makanan untuk ulasan di media sosial.

Untuk makluman, asangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga anak perempuan iaitu Afrina Ariana, 6; Afrina Aurora, 5; Afrina Ayra, 4; dan anak angkat Afrina Darwisyah, 12.




________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: