03 February 2023

"BAIK SAYA JUAL RM150 ATAU LEBIH... TAPI SAYA JUAL RM20 TERMASUK CAJ PENGHANTARAN, MEMANG TAK UNTUNG" - SISSY IMANN NAFI 'MENANGIS' GIMIK JUAL ALBUM



"Kalaulah saya betul-betul nak buat gimik dengan menangis di pentas dan fikir keuntungan, lebih baik saya jual album itu dengan harga RM150 atau lebih. Sebab masa itu pun, orang memang tengah kasihankan saya dan mana tahu mereka sanggup nak beli juga.


"Tapi, sebaliknya saya turunkan harga amat rendah yang sebenarnya merugikan saya dan tak apalah. Pada ketika itu, saya buat keputusan dengan emosi menerusi hantaran di Instagram tanpa berbincang dengan ibu bapa dan keluarga. Dalam fikiran saya hanya nak album itu cepat-cepat habis dijual sebab dah tak nak tengok lagi.

"Saya jual dengan harga RM20 itu termasuk caj penghantaran, memang tak untung pun sebab penghantaran ke Singapura saja, RM78. Tapi, apa nak buat sebab itu keputusan saya sendiri yang gagal kawal emosi dan kesedihan diri sendiri."

Klik untuk gambar besar



Itulah jelas penyanyi Sissy Imann yang menepis dakwaan dia menangis di pentas Famili Duo sehingga mencetuskan kontroversi hangat itu sebagai strategi 'gimik' menjual albumnya, sekali gus meraih keuntungan berganda apabila 1,000 unit dicetak habis dijual.

Kata penyanyi berusia 28 tahun ini, apa yang berlaku bukan gimik kerana keputusan menjual album yang dirakamkannya di Abbey Road Studios, London itu dengan harga RM20 dibuat secara drastik dalam keadaan emosi diri tidak terkawal.

Sissy yang turut mengulas rasa kesal dengan keputusan dibuat itu berkata, selepas keadaan dirinya tenang dan boleh berfikir dengan baik, memang dia menyesal dengan keputusannya berikutan penghasilan album itu diakui sangat bermakna buat dirinya.



"Sejak kecil saya dah berhasrat ingin merakamkan album di Abbey Road Studios, London itu dan ia bukan peluang mudah kerana kos pembikinan ditanggung sendiri juga besar, ia membabitkan perbelanjaan mencecah enam angka yang saya kumpul dalam tempoh lama sebagai penggiat seni.

"Namun, saya percaya walaupun tidak untung dari segi pulangan wang untuk penjualan album ini, tapi Allah gantikan dengan rezeki yang lain seperti saya kembali bersemangat untuk bekerja semula, ramai orang mula mengenali muzik saya dan ia perkara amat disyukuri," ujarnya.

Sementara itu, Sissy memaklumkan, perancangannya terhadap album sulung yang memuatkan enam lagu itu pastinya dia akan membuat cetakan semula untuk memenuhi permintaan pembeli dan menjual dengan harga RM50 seunit, selepas ini termasuk mengenakan caj penghantaran.

Ditanya mengenai lokasi pembikinan album itu, Sissy berkata, dia memilih Abbey Road Studios, London kerana sinonim dengan kumpulan The Beattles yang amat diminatinya. Katanya, banyak album The Beattles dirakam di sana termasuk penyanyi antarabangsa terkenal lain juga.

"Pengalaman paling bermakna, saya ialah diberi tempoh 10 jam untuk merakamkan enam lagu di studio itu dan ia masa yang singkat. Saya tidak pernah laluinya ketika membuat rakaman lagu di Malaysia.

"Jadi, saya kena cabar diri buat yang terbaik. Selain, saya juga merakamkan satu lagu berjudul 'Tersakiti' sambil menyanyi dan bermain piano yang dibuat secara 'one take'," katanya.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: