Nama Sophia Albarakbah ketika ini hangat diperkatakan selepas Bella Astillah mendedahkan mesejnya dengan pelakon wanita itu dek kerana mengaku tersuka suaminya, Aliff Aziz.
Dalam mesej perbualan tersebut, Sophia telah meminta maaf kepada Bella serta merayu supaya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada umum selepas mengaku tersuka suami orang. Hal tersebut mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.
Pelakon Aeril Zafrel yang pernah bergandingan dengan Sophia menerusi sebuah drama itu menyifatkan pelakon wanita itu seorang yang baik dan juga manja. Kata Aeril, mungkin disebabkan itu ada yang mudah jatuh hati dengan personalitinya.
"Bagi saya dia seorang yang baik. Dia pun manja, mungkin ada yang senang jatuh hati kerana karakternya. Itu pendapat saya lah. Sepanjang saya berlakon dengannya, kalau ada yang cepat 'in love' memang mudah (jatuh hati). Mungkin kerana karakternya yang sebegitu. Dia juga seorang yang 'soft spoken'," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, tambah Aeril lagi, dia lebih senang untuk berterus terang dengan heroin yang bergandingan dengannya supaya tidak berlaku salah sangka.
"Biasanya saya akan berlaku 'transparent'. Saya akan beritahu heroin, ia tidak lebih daripada lakonan dan komitmen semata-mata.Sebab sebelum ini pernah terjadi… saya ada dengar daripada rakan pelakon lain.
"Bila lupa nak beritahu hal tersebut, heroin mendakwa saya nak 'try' dia. Jadi macam tersalah sangka pula. Sejak situasi itu berlaku, saya lebih senang untuk berterus terang," tuturnya.
Sementara itu, pelakon Azhar Sulaiman turut memaklumkan, dia akan menerima tawaran berlakon dengan pelakon wanita itu meskipun ada pelakon lelaki yang sudah berkahwin menolak.
Ini kerana menurut Azhar lagi, isterinya iaitu Chempaka Emalin Pahamin percaya kepada Sophia malah sempat berseloroh akan banyak tawaran berlakon untuknya.
Meninjau ke ruangan komen pula, Azhar turut meminta netizen berhenti menggelar Sophia sebagai pelacur serta mengatakan wanita cantik pasti akan difitnah.
"Kita tak tahu perkara yang sebenarnya. Perempuan cantik memang selalu kena fitnah macam dalam drama-drama juga. Tak baik label Sophia seperti pelacur. Fitnah besar itu. Peluang kita tak akan tahu hal sebenarnya. Jadi, lebih baik jangan berlebihan dalam mengulas," tulisnya.
________ IKLAN ________
NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45"
Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.
MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"
PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc
100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.
Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment