03 February 2023

HARRIS ANNUAR & ASHA MERICAN BAKAL TIMANG ANAK SULUNG - KANDUNGAN SUDAH MASUK TRIMESTER KETIGA



"Sebenarnya isteri saya dah mengandung banyak bulan, tapi kami memilih untuk merahsiakan. Jantina anak pun kami dah tahu tapi bila dah lahir nanti baru kami kongsi," kongsi pelakon Harris Annuar yang mengumumkan khabar gembira bahawa isterinya yang juga pelakon iaitu Asha Merican kini sedang berbadan dua, selepas lapan bulan mendirikan rumah tangga.


Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar memaklumkan, kandungan isterinya kini sudah memasuki trimester ketiga namun dia memilih untuk merahsiakan fasa awal kehamilan.

Harris turut berkongsi berita kehamilan isterinya itu menerusi Instagram miliknya: "Alhamdulillah atas rezeki tak terhingga ini, doakan yang baik baik," tulisnya.

Bercerita mengenai keadaan isterinya, Harris memberitahu, kehamilan pertama Asha sangat unik kerana berdepan dengan pelbagai alahan pelik.

Klik untuk gambar besar



"Isteri saya ada alahan yang pelik, dia tidak boleh dengar lagu-lagu Melayu atau Bahasa Inggeris nanti dia akan muntah tapi itu untuk trimester pertama. Tapi kalau nak elakkan dia daripada muntah kena bawa dia masuk ke dalam tangga kecemasan. Bila bau simen akan elakkan dia dari bau muntah.

"Asha juga alahan tidak boleh bau badan saya membuatkan saya terpaksa memakai sabun badannya agar miliki bau yang sama. Lebih kelakar lagi apabila kulit dia jenis sensitif dan hanya menggunakan sabun mandi untuk bayi, jadi dengan saya sekali guna sabun yang sama," katanya.

Tambah Harris, isterinya itu pernah mengidam untuk makan di depan Pantai Klebang, Melaka, malah dia juga lebih suka menikmati Asam Pedas sepanjang kehamilannya.



Dalam pada itu, Harris turut berkongsi saat menerima khabar tersebut dimana dia menyangkakan isterinya itu dijangkiti C0V1D kerana baru pertama kali melihat alat ujian tersebut.

"Saya dengan dia pergi mini bulan madu di Cameron Highland, Pahang, petang itu saya pergi joging apaila balik dari joging dia buat kejutan dengan letak alat ujian kehamilan bawah selimut.

"Mula-mula saya ingat dia positif C0V1D sebab saya tak pernah tengok alat itu. Rupanya dia cakap dia mengandung, menangis juga saya masa itu," jelasnya.

Untuk makluman, Harris dan Asha selamat berkahwin pada 11 Jun tahun lalu selepas empat tahun bercinta.







________ IKLAN ________

JUALAN JIMAT GILER 2.2. - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan JIMAT GILER 2.2 (2 Februari 2023) ini.

Pelbagai barangan dijual dengan harga giler termasuk pemberian diskaun dan voucher yang tak masuk akal.

Selain itu,  banyak hadiah hebat dan cabutan bertuah menanti anda.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: