04 February 2023

BELLA ASTILLAH DIANGGAP 'OVER' SIMPAN NAMA 'SOPHIA B*HSIA' DI WHATSAPP



Penyanyi dan pelakon Bella Astillah sebelum ini hangat diperkatakan selepas dia membuat pendedahan mengenai seorang pelakon wanita yang tersuka dengan suaminya, Aliff Aziz.


Malah, menerusi perkongsian di laman Instagram, Bella turut berkongsikan mesejnya dengan Sophia AlBarakbah dimana pelakon itu merayu supaya tidak memperbesarkan perkara itu.

Namun apa yang menjadi perhatian ramai adalah tindakan Bella menyimpan nama Sophia sebagai 'Sophia Bohsia' di WhatsApp.

Klik untuk gambar besar



Memetik Xtra, rata-rata netizen menegur ibu kepada dua cahaya mata itu kerana seakan-akan membuka aib kain sendiri dan terlalu berlebihan.

Dalam pada itu, ada juga yang meminta supaya mereka menyelesaikan permasalahan tersebut dengan cara baik dan profesional serta menjaga aib.

Sebelum ini, Sophia berkata tidak mahu membuat sebarang kenyataan kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan serta memilih untuk selesaikan dengan pihak terlibat sahaja.







________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: