03 February 2023

"ALHAMDULILLAH, SYUKUR REZEKI PEMBUKAAN TAHUN 2023" - AMIR RAJA LAWAK BERJAYA MILIKI KERETA PERODUA ALZA



"Alhamdulillah, hari ini saya bersyukur sangat kerana dapat memiliki sebuah kereta baharu. Sebelum ini, saya pernah ada kereta baharu, tetapi terpakai sahaja.


"Hari ini, Alhamdulillah saya dapat miliki kereta baharu. Terima kasih kepada Encik Din, enam bulan juga saya menunggu ini," demikian tutur pelawak Amir Raja Lawak yang meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki sebuah kereta Perodua Alza.

Amir yang turut berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagram miliknya itu berkata, proses mendapatkan kereta tersebut mengambil masa 6 bulan.

Jelas Amir, meskipun terpaksa menunggu lama untuk mendapat kereta tersebut, namun individu yang menguruskan proses jualan sentiasa membantu serta memudahkan urusannya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Amir turut bersyukur di atas rezeki pembukaan bagi tahun 2023 serta berterima kasih kepada pelanggan yang menyokong perniagaan Air Jagung Amirreka miliknya.

"Terima kasih yang support saya beli Air Jagung Amirreka dan kongsi rezeki shooting dengan saya. Ini adalah hasil dari anda yang ikhlas support dan percaya dengan saya," tulisnya.

Perkongsian Amir itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang mengucapkan tahniah serta tumpang gembira dengan pencapaian pelawak itu.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: