06 February 2023

BEN AMIR LALUI FASA KEMURUNGAN SELEPAS PEMBEDAHAN: "KIRA-KIRA 20 PERATUS BAHAGIAN MATA 'TOTAL DAMAGE'



"Pulih selepas pembedahan mata itu ambil masa lebih kurang dua hingga tiga bulan juga. Tetapi dalam tempoh enam bulan sebelum ini saya memang lalui fasa tekanan dari segi mental dan fizikal.


"Alhamdulliah semuanya sudah pulih tetapi kita-kira 20 peratus bahagian mata 'total damage'. Sekarang ini memandu malam agak sukar jika terlalu banyak cahaya.

"Doktor tidak sarankan untuk buat aktiviti lasak, tetapi untuk hilangkan tekanan saya keluar buat sesuatu yang saya suka seperti berjalan-jalan dan hiking."

Klik untuk gambar besar



Demikian ujar pelakon Ben Amir yang mendedahkan pernah melalui fasa tertekan akibat kecederaan mata kiri yang dialami sehingga terpaksa melakukan pembedahan pada Jun tahun lalu.

Enggan bercerita bagaimana punca sebenar kejadian yang berlaku, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amiruddin Sabaruddin, 33, memberitahu ia disebabkan berlakon babak aksi dalam sebuah penggambaran.

Ditemui selepas majlis Anugerah Telenovela kelapan yang berlangsung di Pusat Dagangan Putra (WTC), Kuala Lumpur pada malam Sabtu, Ben berkata, akibat kecederaan tersebut juga, dia mengalami rosak sepenuhnya kira-kira 20 peratus bahagian mata dan turut mengganggu penglihatan.



Ben yang sudah lebih enam bulan tidak terlibat dengan penggambaran itu melihat tahun ini sebagai satu permulaan untuk dia buat kemunculan semula di lokasi.

Dalam masa sama, pelakon drama 'Sweet Dreams' ini tidak melihatkan kes saman yang melibatkan namanya sebelum ini menjejaskan kerjaya seni.

"Apa yang berlaku langsung tidak memberi impak kepada kerjaya seni. Saya masih menerima tawaran berlakon dan menang anugerah. Perkara sudah lepas tak perlu nak diungkit lagi.

"Selepas lama berehat akibat kecederaan mata ini, saya anggap tahun 2023 sebagai masa untuk buat comeback," tuturnya yang menerima tiga anugerah iaitu Bintang Telenovela, Pelakon Lelaki Telenovela 2019 dan 2020, pada majlis berkenaan.

Sementara itu, bercakap mengenai anugerah yang diterima pada malam berkenaan, Ben berharap ia dapat memberi semangat untuk dia terus berkarya. Kata Ben, dengan pengiktirafan sebegini ia membuktikan segala pengorbanan selama sepuluh tahun bergelar anak seni berbaloi.

"Ini pertama kali dalam hidup dapat tiga anugerah sekaligus dalam satu malam. Rasanya segala pengorbanan selama 10 tahun ini berbaloi," ucapnya.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: