06 February 2023

FAMILI DUO MUSIM KEDUA: YAMANI & ZAKI DINOBAT JUARA - MAS IDAYU IKHLAS PUJI PERSEMBAHAN SISSY IMAN, NAIM DANIEL



Tahniah diucapkan kepada pasangan adik beradik, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani apabila dinobat sebagai juara program Famili Duo musim kedua, sekaligus melayakkan mereka membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000.


Di pentas akhir program tersebut, kedua-dua anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah itu mempersembahkan lagu medley berjudul 'Hutang' dan 'Bunga', sesuai tema Lagu Dari Juara Lagu dan juga 'Kau Pun Sama' untuk tema bebas.

Yamani dan Zaki meluahkan rasa syukur atas kemenangan mereka di pentas pertandingan penuh mencabar itu, selain turut mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada barisan juri.

"Terima kasih terutamanya untuk doa kalian dan ibu bapa kami," kata Yamani.

Klik untuk gambar besar



"Terima kasih Famili Duo kerana memberi peluang kepada kami. Terima kasih Abang Ajai dan Mummy (Mas Idayu). Terima kasih ibu saya yang beri semangat," tutur Zaki pula.

Sementara itu, tempat kedua dirangkul oleh pasangan adik beradik, Ayda Jebat dan Fyna Jebat sehingga berjaya menbawa pulang wang tunai RM20,000.

Bagi pasangan sepupu, Bella Astillah dan Wani Kayrie pula berjaya merangkul tempat ketiga dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.



Tempat keempat pula jatuh kepada Sissy Imann dan Naim Daniel, dimana pasangan sepupu itu membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Sementara itu, juri tetap Famili Duo iaitu Mas Idayu akhirnya 'membuka mulut' pada minggu akhir selepas tidak memberikan sebarang komen untuk persembahan Sissy dan Naim pada minggu lalu.

Tindakan Mas atau nama penuhnya Mas Idayu Mesnun, 51, memilih untuk 'membatu' dan kelihatan seakan 'merajuk' itu disebabkan kontroversi panas apabila penyanyi dangdut tersebut dikecam hebat selepas memberikan komen yang dianggap mematahkan semangat Sissy.



Mas Idayu yang mesra disapa dengan panggilan Mummy ini telah memberikan komen positif atas peningkatan pasangan sepupu itu. Menurut Mas Idayu, persembahan lagu 'Sumpah' adalah persembahan terbaik daripada kedua-dua mereka secara keseluruhan.

Jelas Mas, Sissy dan Naim sebenarnya memiliki bakat dan suara yang baik, namun hanya pada minggu keenam mereka ada membuat kesilapan.

"Saya jenis kalau tak suka cakap tak suka. Bagi saya malam ini vokal mereka adalah yang terbaik daripada sepanjang persembahan mereka di Famili Duo.

"Saya ikhlas ni. Daripada segi harmoni, vokal, nyanyian semua terbaik. Cuma hanya satu minggu yang mereka silap sampai mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya terbaik Keseluruhannya Mummy (panggilan Mas) sangat suka," ujarnya.
















________ IKLAN ________

JUALAN JIMAT GILER 2.2. - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan JIMAT GILER 2.2 (2 Februari 2023) ini.

Pelbagai barangan dijual dengan harga giler termasuk pemberian diskaun dan voucher yang tak masuk akal.

Selain itu,  banyak hadiah hebat dan cabutan bertuah menanti anda.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: