05 February 2023

ISU SINDIRAN BEKAS ISTERI - FIZO OMAR ENGGAN PANJANGKAN ATAU UNGKIT KISAH LAMA: "KITA DAH ADA KELUARGA MASING-MASING"



"Kita dah ada keluarga masing-masing. Jagalah keluarga sendiri," demikianlah kata pelakon dan usahawan Fizo Omar yang mengambil pendekatan untuk tidak memanjangkan isu berhubung sindiran dibuat bekas isteri, Mawar Karim yang memberi bayangan dia hidup atas tanggungan usahawan berkenaan sebelum ini.


Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 38, berkata, kedua-dua mereka kini sudah pun memiliki keluarga sendiri dan tidak perlu untuk mengungkit kisah lama.

Kata-kata tersebut juga seolah menjawab persoalan ramai tentang status Mawar yang dikatakan sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Sebelum ini, Mawar menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya memberitahu, dia kini lebih bahagia apabila ada yang membandingkan kehidupannya dengan Fizo bersama isteri iaitu Fazeera Nazri.

Klik untuk gambar besar



Dalam hantaran tersebut, Mawar memberi bayangan seolah-olah sebelum ini dia banyak menanggung kehidupan keluarga ketika bergelar isteri Fizo.

"Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit tak habis lesap. Kalau berbanding dulu faham-faham sendirilah. Takkan nak cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu" tulisnya.

Untuk makluman, Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.



Mereka kemudian bercerai selepas Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar di Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Kemudian Fizo mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober 2021. Mereka memiliki seorang cahaya mata, Wan Khaleeda yang baru berusia tujuh bulan dan Fazeera kini sedang hamil anak kedua.

Sementara itu, timbul juga desas-desus mengatakan Mawar sudah berkahwin sekitar awal tahun lalu dan majlis diadakan di Bukit Tinggi, Pahang.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: