06 February 2023

CUBA YAKINKAN PEMINAT - BAD INDIGO MUAT NAIK VIDEO DEDAH SUARA KEKASIH



Menerusi muat naik di laman Instagram, penyanyi Bad Indigo, 48, telah berkongsi video dimana dia mendedahkan rakaman suara wanita yang disunting dan dipercayai dari kekasih hatinya itu.


Bad memuat naik rakaman suara tersebut bagi menyakinkan semua pihak terutama netizen bahwa dirinya kini diulit bahagia dengan wanita berkenaan, malah dia masih tidak berputus asa.

Namun, Bad Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah juga memuat naik itu masih tidak mahu mendedahkan identiti dan wajah wanita yang dipercayai kekasihnya itu dengan menutup mukanya dengan emoji love.

"Hi, Assalammualaikum bi, Badrul Izhan kekasih hatiku. I dekat Popular (kedai buku) ni nak cari buku. I rindu you bi," kata wanita dari rakaman suara terbabit.

Klik untuk gambar besar



Dalam perkongsian di IG juga, Bad membalas perkongsian video dari wanita terbabit dengan memberitahu dia juga merindui kekasihnya itu.

"Miss you too (Saya juga rindu awak) #RDM dengan emoji love. Semoga Allah pelihara hubungan kita ini dan lindungi dari fitnah dan hasutan.

"You are very special and rare for accepting me as I am. (Awak juga sangat istimewa dan sukar ditemui kerana menerima diri ini seadanya). Tq so much. (Terima kasih banyak) Love you (saya cinta awak)," tulis Bad.



Perkongsian bad mengenai wanita yang didakwa kekasihnya itu dengan hanya menayangkan sipi-sipi wajahnya dianggap sekadar berilusi oleh netizen.

Bagaimanapun, Bad menafikan dakwaan netizen itu dengan memberitahu dia ada alasan tersendiri untuk tidak mendedahkan wajah wanita yang dipercayai kekasihnya itu.

Untuk makluman, Bad mendirikan rumah tangga tangga bersama penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021, bagaimanapun mereka bercerai pada Jun tahun lalu.




________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: