02 February 2023

"BILA BERLAKU PERCERAIAN... ITULAH AYAH DIA SAMPAI MATI" - ADAM SHAHZ ENGGAN LAYAN 'DIPERLI' SUAMI FATIN AFEEFA



Semua sedia maklum mengenai pelakon Adam Shahz dan bekas isterinya, pelakon Fatin Afeefa dimana mereka gagal mencapai kata sepakat berhubung isu hak penjagaan anak perempuan tunggal mereka, Ivy Herra Sophi.


Mengulas kes prosiding perbicaraan kali pertama itu, Adam berkata, dia bersuara mengenai hubungan anak dan bapa itu sekali gus untuk mewakili semua golongan bapa di luar sana.

"Bila berlaku perceraian, walau macam mana pun kita kena ingat satu, itulah emak dan itulah ayah dia, sampailah kita mati, hubungan itu takkan terputus.

Klik untuk gambar besar



"Lebih-lebih lagi hubungan anak perempuan dan bapanya. Ini bukan harapan saya saja yang berdepan dengan isu hak penjagaan anak ini tetapi pada semua golongan bapa yang lain.

"Tak kisah bila berlaku perceraian, jika pihak sebelah sana atau sini ada benda-benda yang negatif pun kita kena ingat satu saja hubungan antara anak dengan emak atau ayahnya di mana itu tidak akan putus sampai kita mati.

"Saya tak kata saya baik kerana ini soal anak. Bila dah besar dia perlukan proses pembesaran yang sihat dan tak nak ada benda yang negatif," ujarnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.



Ditanya bila kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya, Adam berkata, ia berlaku tiga bulan lalu: "Saya memang rindu dengan anak saya. Orang bercinta pun rindu apatah lagi dengan anak," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai tindakan suami Fatin, Aliff Awang yang berkongsi video di TikTok dengan petikan di dinding mahkamah yang didakwa memerlinya, Adam memberitahu, dia hanya dapat tahu mengenai perkara itu bila ada pihak memaklumkan kepadanya.

"Saya sebenarnya tak tahu pasal video tu sampai orang yang hantar pada saya. Itu pun lepas saya balik dari mahkamah. Saya pun tak tahu nak komen apa sebab saya rasa lebih baik saya berdiam diri saja.

"Selama 5 tahun berpisah dengan Fatin pun banyak perkara dah berlaku sampai saya dah lali. Jadi apa lah sangat yang suami dia buat pada saya ni," tuturnya yang mengakui sudah lali diperlakukan sebegitu selepas hampir 5 tahun menjadi bekas suami kepada Fatin.

Sebelum ini, prosiding perbicaraan kali pertama majlis sulk berhubung hak penjagaan anak tunggal Adam dengan Fatin Afeefa di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 26 Januari lalu gagal mencapai kata sepakat. Justeru, mahkamah menetapkan kes terbabit dibawa di hadapan hakim pada 28 Februari ini.

Untuk makluman, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani dan Fatin berkahwin pada Disember 2013, namun bercerai sekitar Mei 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak, Ivy Herra Sophia, 7.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: