01 February 2023

BILA NABIL AHMAD SANGGUP BAYAR GAJI ISTERI, DEMI MINTA BERHENTI KERJA JADI 'FLOWER POT'



"Saya pakai uniform (pramugari), duduk sebelah VIP. Itulah 'flower pot' (model untuk syarikat penerbangan), apa yang kita panggil kalau jadi kru kabin. Jadi, kalau dalam majalah ada orang yang sebelah bos besar, itulah nama 'flower pot'.


"Sebab Haji (Nabil) ada cakap, 'kalau awak terbang (kerja), macam mana kita nak jumpa?'. Saya cakap dengan haji, 'kalau saya berhenti, awak kena bayar gaji saya.

"Berapa saya dapat, itulah yang awak kena bayar setiap bulan' dan dia pun bersetuju," itulah kata isteri kepada pelawak dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub menerusi video yang dimuat naik penyanyi Zarul Umbrella di apikasi TikTok.

Dalam video tersebut, isteri Nabil yang merupakan seorang pramugari sebelum mendirikan rumah tangga itu pernah menjadi 'flower pot' atau lebih dikenali sebagai model untuk sebuah syarikat penerbangan.

Klik untuk gambar besar



Menurut Zira lagi, untuk menjadi 'flower pot' bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia perlu mengambil peperiksaan kali kedua selepas gagal dalam tempoh latihan.

Zira yang akui kerjaya sebagai pramugari hanya bertahan selama tiga tahun itu berkata, Nabil sanggup membayar 'gaji' sama dengan pendapatannya sebagai pramugari.

Perkongsian ibu kepada tiga cahaya mata perempuan ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan isteri kepada Nabil itu.

Malah, ada juga yang menyifatkan Nabil adalah lelaki alpha sebenar kerana sanggup membayar gaji kepada isterinya yang berhenti kerja selepas berkahwin.







________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: