01 February 2023

"KAU UGUT MACAM-MACAM SAMPAI BERCERAI BERAI PUN... TETAPI KAU MASIH SIA-SIAKAN DIA..." - BENGANG KENA 'PROVOKE', ROSSA SERA BUKAN LAGI ISTERI SHUK?



Semua sedia maklum mengenai pelawak Shuk Sahar yang sebelum ini mengerjakan ibadah umrah bersama isterinya, Rossa Sera sekaligus membuatkan netizen gembira.


Ramai menyangka hubungan pasangan berkenaan sudah kembali jernih malah ramai menitipkan doa agar mereka kembali bahagia dan melupakan episod hitam yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah di Instagram Story miliknya baru-baru ini, dia seolah memberi bayangan bahawa perkahwinannya dengan Shuk sudah pun berakhir dengan penceraian.

Dalam perkongsian itu juga, Sera turut meluahkan rasa bengang terhadap seorang wanita dipercayai Fara Salleh yang pernah dikaitkan dengan Shuk. Menurut Sera, Fara masih mengganggu kehidupannya meskipun sudah tidak tinggal sebumbung bersama Shuk malah dia sanggup mengalah.

Klik untuk gambar besar



"Jahatnya manusia macam kau ni. Aku jadi saksi dengan mata kepala sendiri macam mana Shuk terseksa dulu sebab kau. Aku sanggup mengalah demi masa depan dan kesihatan mental kami suami isteri.

"Kau ugut macam-macam sampai bercerai-berai pun. Tetapi kau masih sia-siakan dia. Paling tak boleh blah bila dia tak nak layan, kau mula provoke macam dulu-dulu," tulisnya.

Dalam pada itu, Sera juga telah memuat naik paparan perbualan dipercayai di antara Shuk dengan seorang wanita yang mana pelawak itu menafikan dia mahu kembali rujuk dengan Sera.



Sera turut memuat naik perbualan Shuk yang cuba memujuknya kembali. Bagaimnapun, Sera berkata, dia sudah tawar hati dan menganggap hubungan mereka hanya kekal sebagai kawan.

"Alhamdulillah saya dan Shuk memang sangat baik sebelum kami ke umrah dan dah janji doa yang baik-baik di sana untuk anak-anak. Yang masalah sekarang ialah 'betina' itu cakap macam-macam tentang anak aku.

"Berpisah banyak mengajar kami jadi ibu ayah yang baik demi masa depan anak-anak. Hubungan kami sebagai kawan lebih sihat daripada dulu rasa hidup macam neraka.



"Terima kasih untuk empat tahun lepas sebab dah berjuang bersama kami. Kita merancang dan Allah yang menentukan. Walaupaun jalan memisahkan kita tapi mendekatkan dengan Allah," tuturnya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu sebelum ini memberitahu, dia belum dapat memberikan jawapan sama ada untuk kembali bersama atau pun memilih untuk berpisah.

Terdahulu, kisah rumah tangga Shuk dan Sera ini sering menjadi perhatian ramai selepas pelawak tersebut ditangkap curang dengan Fara.



Apa lebih mengelirukan, meskipun sudah lebih daripada setahun isu rumah tangga mereka diperkatakan namun masih belum ada pengesahan sama ada Shuk dan Sera masih pasangan suami isteri atau sudah berpisah. Tindakan mereka mengunci mulut membuatkan ramai keliru status sebenar mereka.

Pada November 2021, Sera mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk dan akan menerima keputusan mahkamah selepas mereka pulang mengerjakan ibadah umrah.

Untuk makluman, Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: