01 February 2023

DAKWAAN HANG JEBAT FAIL SAMAN SEBAB DENDAM - HANG TUAH TAMPIL SANGKAL, MAHU HARTA ARWAH BAPA DIBAHAGI SECARA FARAID



Berhubung tuntutan saman yang dibuat Putera Hang Jebat, 36, sebelum ini yang didakwa berunsurkan dendam, anak kedua pelakon Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Hang Tuah, 49, menyangkal dakwaan adiknya itu.


Hang Tuah atau Hang Tuah @ Shazrin Mohamed Jin, sebaliknya menjelaskan tuntutan yang dibuat ke atas sebidang tanah yang terletak di Ulu Kelang pada 2019 hanya ingin menegakkan keadilan kepada semua pihak terlibat.

"Saya dan Jefri (abang sulung) menuntut untuk mengembalikan tanah yang telah dijual kepada estet arwah dan ingin membahagikan harta peninggalan bapa kami mengikut faraid.

"Untuk membahagikan faraid kami perlu mengumpulkan semua harta milik Allahyarham terlebih dahulu sebelum pembahagian dibuat. Tapi sekarang kami pula dituduh macam-macam sedangkan kami mahu ia dibuat secara adil dan saksama.

"Kalau ikutkan, saya tak dapat pun tidak mengapa, tapi saya kasihankan abang sulung saya yang langsung tidak mendapat apa-apa," jelasnya yang dipetik sebagai kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Pada 2019, Hang Tuah dan Jefri memfailkan saman terhadap Hang Jebat, 36, atas dakwaan memalsukan dokumen Surat Wakil Kuasa sebidang tanah seluas 0.265 hektar yang terletak di Ulu Kelang.

Kata Hang Tuah, tanah tersebut telah dijual dengan harga RM2.75 juta pada 2015 kepada defendan ketiga iaitu Barakatul Kamaria Ahmad tanpa pengetahuannya.

Hang Jebat bagaimanapun memaklumkan berjaya mengetepikan kes itu selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Januari lalu memutuskan Surat Wakil Kuasa berkenaan adalah sah.

Menerusi temu bual bersama sebuah media, Hang Jebat mendakwa Hang Tuah berdendam dengannya selepas menegur tindakannya tidak menziarahi arwah bapa mereka ketika hayatnya.



Selain itu, Hang Jebat turut meluahkan rasa kesal terhadap abangnya itu yang tidak pernah mengambil tahu mengenai bapa mereka, namun tiba-tiba menuntut hak sama rata ke atas tanah berkenaan.

Dalam pada itu, selepas timbul beberapa dakwaan menerusi kenyataan dibuat Hang Jebat kepada media, Hang Tuah berkata, dia tampil membuat sidang media berkenaan bagi membersihkan namanya.

Malah katanya, dia kini dalam pertimbangan untuk membuat rayuan berkaitan keputusan kes Surat Wakil Kuasa baru-baru ini.

"Menang atau kalah itu kuasa Allah, saya bukannya nak mempertikaikan keputusan mahkamah tapi mereka yang bising dahulu (kenyataan kepada media).

"Saya tak nak kalau saya tidak buat penjelasan, sampai akhir imej saya akan tercalar. Saya dah kena teruk di media sosial, mereka yang memulakan dahulu," ujarnya.

Sementara itu, Hang Tuah memaklumkan, hubungannya dengan Hang Jebat sejak kecil baik malam menyangkal dakwaan bahawa dia tidak menziarahi bapanya semasa hayatnya seperti didakwa.

"Hubungan saya dengan Jebat tiada masalah, sejak kecil hubungan kami macam adik dan abang. Setiap tahun kami memang berjumpa bila balik kampung, saya pun tak tahu kenapa dia bersifat demikian," ujarnya.

Untuk makluman, Jefri adalah anak sulung hasil perkahwinan arwah dengan bintang legenda, Allahyarham Rahmah Rahmat. Manakala, Hang Tuah pula anak kedua arwah menerusi perkahwinan dengan Jamilah Shukor pada 1973.

Menerusi perkahwinan dengan Puan Sri Halijah Abdullah Allahyarham dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nedim.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: