01 February 2023

"SOFHIA ALBARAKBAH & ALIFF AZIZ BEKERJA SECARA PROFESIONAL... MEREKA SUKA HANYA DALAM LAKONAN SAHAJA" - PENGARAH



"Saya tidak mahu campur urusan peribadi mereka. Tapi setahu saya, kedua-duanya tidak ada apa-apa hubungan. Apa yang saya lihat, baik Sophia mahupun Aliff, mereka bekerja secara profesional ketika berada di set penggambaran.


"Saya tidak nampak ada masalah antara mereka berdua. Mereka cuma berlakon sahaja dan perlu menyukai sesama sendiri. Kalau berlakon bercinta, kena betul-betul bercinta.

"Tapi perasaan suka itu tidak perlu dibawa sehingga keluar set penggambaran. Hanya dalam watak sahaja," demikian jelas pengarah Osman Ali yang yang berkata, dia tidak tahu menahu tentang hubungan yang wujud antara pelakon Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz selepas pendedahan dibuat Bella Astillah baru-baru ini,

Nama Sophia AlBarakbah menjadi bualan ramai di media sosial apabila terkait dengan kontroversi didakwa tersuka suami orang yang juga pelakon dan penyanyi terkenal.

Menerusi laporan Kosmo, Osman yang juga pengarah drama 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah' itu berkata, dia tidak tahu siapa pelakon dimaksudkan Bella yang 'tersuka' dengan suaminya dan enggan menuduh siapa-siapa.

Klik untuk gambar besar



"Saya tidak tahu pelakon yang Bella maksudkan itu siapa. Saya tidak mahu menuduh sembarangan, takut jadi fitnah nanti," ujarnya.

Sementara itu, Osman turut hairan dengan tuduhan dihadapi Sophia serta menolak dakwaan kontroversi berkenaan untuk meraih publisiti drama.

"Saya hairan dengan berita yang dilaporan. Kami tidak buat publisiti untuk drama ini. Bagi saya, itu satu perkara yang tidak sepatutnya dijadikan bahan cerita sebab boleh merosakkan reputasi pelakon.

"Jadi tidak adil bagi mereka kerana masing-masing sedang bekerja. Mereka suka hanya dalam lakonan sahaja. Saya tidak nampak antara Sophia dan juga Aliff, mereka ada hubungan peribadi. Memang tidak ada. Jadi saya harap cerita ini dihentikan," katanya.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: