01 February 2023

"INSYA-ALLAH KAMI ADA PERANCANGAN UNTUK KAHWIN..." - SHUIB ANGGAP KEHADIRAN WATIE TAKDIR DITENTUKAN, IBU RESTUI



"Sampai ke hari ini saya masih tercari-cari hari yang saya tidak teringatkan Sarah. Jadi, bila ada orang yang datang kepada kita (Watie), saya pasti ada sebab-sebabnya. Zalimlah saya kalau saya tidak menghargai orang itu.


"Saya tidak tahu masa depan macam mana, tambah pula ibu saya boleh yakinkan saya. Jadi saya rasa itu adalah jawapan paling besar untuk saya," ujar pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu yang memberitahu, dia tidak pernah melupakan arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin, namun kehadiran Watie Hanafiah dalam hidupnya adalah takdir yang ditentukan.

Ditanya mengenai kehadiran dia bersama Watie menghadiri konsert penyanyi Lah Ahmad Sabtu lalu, Shuib mengakui itu adalah kali pertama mereka keluar berdua tanpa ditemani anak-anak. Kata Shuib, mereka mengambil keputusan menghadiri konsert berkenaan selepas mendapat tiket daripada Lah pada saat-saat akhir.

"Kalau dulu sorok-sorok orang marah... daripada hari itu lagi saya sudah beritahu saya sedang berkawan dengannya. Tapi bila keluar bersama, masih ada pertikaikan. Jujur saya beritahu, itu kali pertama saya keluar berdua dengannya. Selalunya memang ada anak-anak bersama kami," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Bercakap lanjut mengenai Watie, Shuib akui tertarik dengan personaliti usahawan berkenaan kerana sikap penyayang ditonjolkan selain mempunyai ciri-ciri seperti arwah Siti Sarah.

"Saya sangat selesa dengannya kerana Watie seorang yang penyayang. Dia sendiri ada kakak OKU yang sejak lahir memang tak boleh berjalan. Dialah yang hari-hari uruskan kakaknya itu.

"Saya melihat pada pasangan jika satu hari kita sakit, ada tak yang boleh jaga kita? Kita mampu atau banyak duit, tapi bila kita sakit, kita tak nak semua itu pun. Kita hanya nak orang jaga kita, lebih-lebih lagi orang yang kita sayang," katanya.



Dalam pada itu, Shuib mendedahkan percintaannya dengan Watie mendapat restu ibunya, Salamiah Jalani. Shuib meluahkan rasa syukur apabila ibunya membuat penilaian positif terhadap gadis yang sedang rapat dengannya itu.

Shuib turut menjelaskan, dia sudah mempunyai perancangan untuk ke fasa seterusnya apatah lagi anak bongsunya semakin membesar, namun masanya belum lagi ditetapkan.

"Penilaian pada dia (Watie) berlaku daripada emak saya sendiri. Emak saya yang menilai dia. Jadi bila emak menilai yang baik-baik mengenai dia, saya pun tahulah kerana saya berkawan dengan dia.

"Dah tentulah saya kuat mengatakan dia okey dan sebagainya. Kalau ikutkan emak saya, macam cepat sangat nak tengok kami kahwin. Saya yang minta dia bersabar.



"Emak jaga Ayash dari kecil. Dia kata nanti bila Ayash dah besar saya boleh ambil semula. Ayash pun dah nak mula berjalan sekarang. Watie pun tiada masalah dengan anak-anak saya. Dia dah pernah jaga Ayash masa Ayash demam empat, lima hari. Malah semua anak saya rapat dengan dia.

"Anak-anak saya panggil dia sebagai aunty dan hubungan mereka sangat okey. Anak saya Talita sayangkan aunty. Dia hairan kenapa orang tak suka aunty padahal aunty baik.

"Insya-Allah kami ada perancangan untuk kahwin, cuma tarikhnya belum pasti. Emak fikirkan Ayash Affan sebab dia semakin membesar. Emak pun cakap tugas dia dah banyak menjaga Ayash sebelum ini.

"Cuma apa yang saya boleh katakan, kami berharap yang terbaik dan mohon doa daripada semua. Insya Allah bila sudah ada tarikhnya saya pasti akan umumkan," ujarnya.



Menurut Shuib lagi, anak perempuannya itu mengakui dulu mungkin Watie seksi, tapi sekarang Watie sudah sempurna bertudung dan apa masalah lagi netizen bersikap begini?

Tambah Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 39, mungkin ramai tidak perasan Watie mula bertudung dari 8 Februari tahun lalu dan sekarang sudah hampir setahun.

"Dia turut mempersoalkan kenapa mereka menghakimi Watie sampai macam tu padahal kita kenal dia. Saya tak paksa anak-anak cakap dan ia daripada hati mereka sendiri.

"Arwah Sarah saya dah letak di satu tempat yang paling 'best'. Dan sampai ke hari ini pun, saya masih lagi mencari hari-hari yang saya tak ingat dia. Belum ada sampai hari ini. Tapi orang luar menilai berdasarkan pasal yang lepas atau apa, dan macam buat perbandingan. Itu tak boleh dan tak okey," tuturnya.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: