10 February 2023

HIDAYAH SEDIH RUMAH ARWAH SUAMI DIPENUHI SEMAK, TAK DIIBENAR MASUK - ALI PUTEH DAKWA BALU ABAM TABUR 'SESUATU' DI PAGAR



Menerusi perkongsian video di laman sosial, balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali, 30, memaklumkan hari ini, 10 Februari genap tiga tahun pemergian arwah suaminya dan sempena itu dia mengambil keputusan berkunjung ke kediaman yang pernah mereka tinggal di Gombak pada Jumaat.


"Abang, sayang datang rumah kita tapi, korang nilaikan sendiri," tulisnya dalam video tersebut, dimana dia turut kecewa kerana kehadirannya bersama peguam ke rumah milik Allahyarham suaminya itu seolah-olah tidak dilayan apabila tidak ada sesiapa pun yang membuka pintu rumah.

Jelas Hidayah, kunjungannya ke rumah tersebut tidak disambut baik oleh keluarga arwah suaminya apabila kedatangannya tidak diendahkan meskipun beberapa kali memberi salam, malah sudah sejam dia menunggu diluar, namun pintu tidak dibuka sedangkan kereta dan motosikal di perkarangan rumah.

"Di hari Jumaat yang mulia ini, sempena tiga tahun pemergian arwah. Sekarang saya kat rumah saya tetapi tidak ada sesiapa yang menyahut walaupun sudah tekan loceng. Korang boleh tengok sendiri rumah kami jadi apa. Sedih sangat-sangat. Dayah datang bersama peguam.

Klik untuk gambar besar



"Satu jam Dayah tunggu tiada siapa yang buka pintu rumah. Padahal ada kereta, motosikal arwah dan kasut. Ini rumah arwah suami. Minta tolong viralkan," jelasnya.

Melihat pada video yang dikongsikan, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini berasa sedih dengan keadaan sekeliling rumah yang dipenuhi semak samun seperti tidak dijaga dengan baik.

"Rumah macam hutan. Sedih tengok keadaan rumah. Sedih sangat-sangat datang dengan perasaan hampa. Datang rumah sendiri tapi tak bagi masuk. Korang sendiri tengok mereka memang tak bagi saya masuk rumah kami. Tengok mereka masuk rumah itu dan anda nilaikan sendiri," katanya.

Hidayah atau mesra disapa Dayah, juga telah meluahkan rasa kecewa apabila adik iparnya, pelawak Ali Puteh dan keluarganya hanya berdiam diri dan tidak membuat bayaran sebanyak RM60,000 seperti diperintahkan mahkamah sebelum ini.

Hidayah meminta pihak mereka menyegerakan bayaran RM60,000 itu seperti diputuskan mahkamah pada 28 Disember tahun lalu berhubung keputusan rayuan kes saman fitnah.

Menurut Hidayah lagi, peguamnya sudah memberi tempoh selama 21 hari kepada pihak terbabit untuk menyerahkan kunci rumah dan membuat bayaran itu seperti diperintahkan mahkamah dengan segera.



"Peguam dah bagi masa selama 21 hari untuk serahkan kunci rumah dan buat bayaran RM60,000. Saya harap pihak di sana mempercepatkan membuat bayaran," ujarnya.

Sementara itu, Ali ketika dihubungi Harian Metro itu menafikan tiada orang di kediaman Allahyarham abangnya seperti dakwaan Hidayah: "Bohong, kata takda orang. Abang ipar saya juga dapat berbual dengan peguamnya," tutur Ali.

Dalam pada itu, Ali turut mendakwa Hidayah telah meninggalkan beberapa barang seperti garam kasar, limau dan lain-lain lagi, dipercayai untuk upacara ritual tertentu.



"Dah balik tinggal barang? Bezakan apa yang dia cakap dalam video. Hari ini, dia (Hidayah) dan rombongan keluarganya serta peguam datang buat ritual keagamaan di rumah ini (rumah Abam). Rumah ni ditabur garam kasar dan limau serta benda-benda. Tujuan datang kata nak berbincang tapi?" katanya menerusi hantaran video.

Ali berkata, dia sudah tidak mahu berselindung lagi dengan perkara itu: "Hari ini siap dengan bukti. Allah itu adil. Tunjukkan jalan buat saya. Biarlah orang tahu siapa dia".

Sebelum ini, mahkamah menolak rayuan Ali Puteh atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarga bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen, Februari lalu yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi RM60,000 kepada Norhidayah kerana memfitnah, dua tahun lalu.









________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: