10 February 2023

"SAYA KENA ADA SIMPANAN SENDIRI SEBELUM BERKAHWIN... BRACES UBAI PUN LAGI TIGA TAHUN BARU BOLEH BUKA" - SHILA AMZAH



"Saya masih muda. Berhenti tanya saya bila akan berkahwin lagi. Saya mahu bekerja, cari duit. Saya kena ada simpanan sendiri sebelum berkahwin. Sekurang-kurangnya tunggu sehingga Seth pandai bercakap.


"Lagipun braces (pendakap gigi) Ubai pun lagi tiga tahun baru boleh buka. Jadi jangan bahas tentang pernikahan. Saya juga mahu membahagiakan diri sendiri terlebih dahulu sebelum membahagiakan hati orang lain.

"Selagi belum akad nikah, makanya belum sah lagi," kata penyanyi Shila Amzah yang mahu mempunyai simpanan sebelum mendirikan rumah tangga sekali lagi serta memberi fokus pada anak tunggalnya, Seth Uwais.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Shila atau Nur Shahila Amir Amzah sempat berseloroh jika mereka mahu ke fasa lebih serius (bernikah), perlu menunggu sehingga pendakap gigi dipakai Ubai dibuka.

Umum sedia maklum mengenai hubungan cinta yang terjalin antara Shila, 33, dan influencer terkenal, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, selepas mereka mengakuinya.

Menerusi sesi live di laman Instagram, Shila meminta peminat mendoakan yang baik-baik terutama karier seninya. Ujarnya, sekarang bukan masa sesuai bercerita soal kahwin.



Sebelum ini, kecoh tentang hubungan Shila dan Ubai apabila dikatakan sedang bercinta. Shila dalam satu kenyataannya berkata, dia sudah berkawan rapat dengan Ubai sejak setahun lalu bermula dengan insiden kemalangan skuter.

"Cinta bermula dengan sebuah skuter. Sebenarnya perkenalan sudah lama tetapi kejadian tersebut yang menggerakkan hati saya," jelasnya tanpa memperincikan kisah tersebut dalam siaran langsung TikTok.

Malah, pelantun 'Patah Seribu' itu juga memberitahu hubungannya dengan jejaka itu juga mendapat restu ibu bapa dan kenalan rapatnya.



________ IKLAN ________

JUALAN JIMAT GILER 2.2. - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan JIMAT GILER 2.2 (2 Februari 2023) ini.

Pelbagai barangan dijual dengan harga giler termasuk pemberian diskaun dan voucher yang tak masuk akal.

Selain itu,  banyak hadiah hebat dan cabutan bertuah menanti anda.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: