10 February 2023

FASHA SANDHA: "NAK HINA BERBAKUL-BAKUL SILAKAN... JANGAN SENANG MELABEL SAYA 'HIPOKRIT' HANYA KERANA BERHIJAB KE MAJLIS TERTENTU"



"Dah lama tak tulis panjang2.. Hari ni rasa nak tulis bila terbaca 'Hipokrit' Dan 'Nama pun pelakon...' Lepas posting saya mengenakan hijab ke majlis preview berbuka puasa semalam..


"First of all, terima kasih followers kesayangan, keluarga teman media, peminat, sahabat yang berfikiran positive dan mendoakan yang baik-baik dan tidak pernah judge saya.

"Untuk yang menghina pun, saya ucapkan terima kasih, Nak hina berbakul-bakul silakan. Cuma jangan libatkan kerjaya saya sebab saya pun mencari rezeki seperti kalian.

"Ya, saya hanyalah insan yang tidak sempurna, banyak kekhilafan dan kekurangan. Ya, kerana saya tiada pangkat dan darjat, saya bukanlah level kayangan. Jadi anda boleh menghukum saya kerana saya tidak berhijab?

Klik untuk gambar besar



"Kerjaya saya adalah pelakon dan duta produk, ianya adalah kerjaya saya tapi bukan bererti saya milik masyarakat. Jangan senang untuk melabel saya 'hipokrit' hanya kerana saya berhijab ke majlis tertentu.

"Saya yakin ramai lagi wanita yang free hair yang melakukan perkara yang sama seperti saya. Cuma bukan bererti yang telah berhijab boleh menghina kami sebegitu.

"Saya tidak perlu jelaskan satu persatu kenapa, kenapa itu kenapa ini, sebab I don't owe any explanation to anyone accept to my family, my inner circle and Allah.



"Lastly, terima kasih kerana mendoakan yang baik2 buat saya dan keluarga dan semoga yang baik-baik berbalik pada kalian juga ❤️. Aku seorang pendosa 😢," demikianlah tulis pelakon Fasha Sandha menerusi muat naik terbaru di laman Instagram miliknya.

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir netizen menuduh dia seorang hipokrit hanya kerana memakai tudung sewaktu menghadiri sebuah majlis previu Ramadan pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkata, sebagai seorang selebriti yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni, dia berlapang dada dengan kecaman namun berasa sedih apabila ada menyentuh perihal periuk nasinya sebagai seorang pelakon.

Ujar pelakon drama 'Dendam Seorang Isteri' itu yang baharu sahaja pulang menunaikan umrah, dia hanya seorang manusia biasa yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan namun ia bukan alasan netizen menuduhnya sesuka hati.









________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: