Penyanyi Mas Idayu yang sebelum ini terpalit kontroversi apabila didakwa memberi komen kasar dan tidak membina terhadap peserta program Famili Duo iaitu Sissy Imann dan pasangan sepupunya iaitu Naim Daniel itu dilihat mendiamkan diri daripada mempertahankan dirinya apabila hebat dikecam netizen.
Berhubung hal tersebut, Mas atau nama penuhnya Mas Idayu Mesnun, 51, menjelaskan, dia memang memberi ruang kepada orang ramai mengecam dirinya kerana tidak mahu Sissy dan Naim diganggu dengan kritikan negatif sehingga tumpuan mereka terhadap pertandingan terganggu.
Kata Mas, dia adalah wanita yang kental dan tidak kisah sekiranya dihentam, namun penyanyi itu tidak mahu netizen mengganggu peserta bertanding. Ujar Mas, dia tidak merasakan Sissy marah kepadanya tetapi melihat penyanyi itu kecewa dengan persembahannya ketika minggu keenam.
"Masa saya komen, anda tengok semula betul-betul, Sissy tak menangis pun. Selepas Ajai beri komen yang agak lembut, mungkin dekat situ dia rasa tersentuh.
Klik untuk gambar besar
"Tetapi apa yang saya nampak, saya tidak rasa dia marah saya tetapi lebih kepada rasa kecewa namun disebabkan dia mendiamkan diri netizen pula serang saya.
"Dalam seminggu, saya dapat gelaran macam-macam termasuk binatang. Saya nak biarkan peserta selesaikan tugas mereka. Saya mahu semua peserta habiskan program ini tanpa sebarang tekanan. Setakat ini, biar netizen maki saya dulu, asalkan jangan ganggu peserta saya," ujarnya.
Selepas insiden itu, Mas akui ada menerima kiriman mesej daripada peserta lain, yang mengatakan bahawa dia nampaknya lebih sayangkan Sissy dan Naim kerana tindakannya memberikan komen untuk mereka jadi lebih maju.
"Ada peserta yang pernah DM saya dan katakan bahawa nampak sangat saya sayangkan Sissy dan Naim daripada mereka. Saya tak balas sebab orang pun boleh nampak di mana, saya marah beria-ia daripada orang lain.
"Ketika di minggu keenam itu, mereka mempersembahkan lagu berbentuk keroncong. Saya dan Ajai berbincang bahawa itu satu kelainan yang luar biasa. Tapi, ada kesilapan dan saya tak mampu nak bantu.
"Saya kena bersikap telus dan tak boleh berikan markah tinggi kerana nanti, orang luar akan cakap saya bersikap berat sebelah serta tak bijak. Akhirnya, selepas itu, dia mula faham," katanya.
Tambah Mas lagi, dia tidak memberi sebarang komen persembahan Sissy dan Naim pada minggu ketujuh kerana mahu mereka menjadi kuat dan kental, selain mahu Sissy meneroka dunia seni yang penuh cabaran ini.
"Saya nak mereka kuat seperti orang lain. Minggu sebelum itu pun, saya tak mahu dia memujuk-mujuk semata untuk saya berikan komen. Saya nak mereka yang minta untuk diberikan komen dan bukannya beritahu ini adalah program famili, terpulang sama ada mahu komen atau tidak.
"Sissy dan Naim budaknya bijak. Cuma masa minggu keenam sahaja mereka buat kesilapan. Minggu lain tak ada pula kami juri ini komen yang teruk kerana persembahan mereka sangat bagus," tuturnya.
________ IKLAN ________
JUALAN JIMAT GILER 2.2. - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan JIMAT GILER 2.2 (2 Februari 2023) ini.
Pelbagai barangan dijual dengan harga giler termasuk pemberian diskaun dan voucher yang tak masuk akal.
Selain itu, banyak hadiah hebat dan cabutan bertuah menanti anda.
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment