06 February 2023

AL-FATIHAH - PELAKON SITCOM 'SANTAN BERLADA', BAHARUDDIN DARUS KEMBALI KE RAHMATULLAH



Kira-kira pukul 3.45 petang, Isnin, pelakon sitkom popular 'Santan Berlada' iaitu Baharuddin Darus dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 72 tahun di kediaman anaknya di Temerloh, Pahang akibat sakit tua.


Berita sedih itu disahkan oleh anak sulung Allahyarham iaitu Taufik Hidayat, 49, yang memaklumkan kesihatan bapanya itu merosot sejak dua minggu lalu.

"Arwah meninggal dunia akibat sakit tua. Sebenarnya pagi tadi saya hantar ayah ke rumah adik di Temerloh kerana dia ingin menjaganya. Selepas selesai makan, kami lihat arwah ayah dalam keadaan tidak bermaya malah bacaan nadinya juga lemah.

"Saya hubungi klinik kesihatan berhampiran dan mereka mengesahkan kematian ayah. Sejak dua minggu lalu, keadaan kesihatannya memang sudah merosot dan tidak boleh uruskan diri sendiri," jelasnya yang dipetik sebagai kepada mStar.

Dalam pada itu, Taufik memaklumkan jenazah akan diuruskan di Masjid Kampung Kelibang, Kerdau, Temerloh pada Selasa dan akan dikebumikan di tanah perkuburan di kawasan masjid tersebut.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Taufik turut berkata, di penghujung hayat, arwah bapanya sering terkenangkan drama lakonannya itu yang telah menaikkan namanya dalam industri seni.

Drama tersebut yang ditayangkan menerusi TV1 itu popular sekitar tahun 1990 dan turut menampilkan pelakon lain seperti Fauziah Nawi, Ali Mamak dan Accapan.

"Sejak kebelakangan ini arwah selalu sebut tentang drama 'Santan Berlada'. Drama itulah yang telah menaikkan namanya," ujarnya.

Untuk makluman, Allahyarham yang dilahirkan pada 8 Februari 1951 di Serdang, Kedah pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan mempunyai tujuh orang anak hasil daripada semua perkahwinan tersebut.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: