10 February 2023

NABILA HUDA: "CINTA LOKASI ITU MENGARUT... AWAK TAK RASA KE MARUAH AWAK ITU MURAH? TOLONG JAGA MARUAH"



"Kalau rasa benda itu salah jangan buat, buat mereka yang nak mencuba, tolong berhenti. Ia akan menghancurkan hidup awak... nanti awak pula akan patah hati dan kemurungan.


"Sebab lelaki itu milik orang lain, tak kiralah dia kata apa sekali pun, sebenarnya dia menipu sebab dia akan setia dan sayang isterinya kerana itu adalah cinta pertama mereka.

"Untuk lelaki, jangan salahkan perempuan, tak cukup dengan isteri di rumah yang cantik dan menjaga anak dekat rumah. Kenapa buka hati itu untuk perempuan lain? Tak baik, kan? Cuba bayangkan kalau isteri buat perkara sama, tentu rasa terluka," ujar pelakon Nabila Huda yang tampil memberi nasihat berhubung isu cinta lokasi.

Klik untuk gambar besar



Kata Nabila atau nama penuhnya Nabila Huda Suhaimi, 39, tindakan bermain cinta di lokasi hanya akan memakan diri sendiri kerana seorang lelaki tetap akan kembali ke pangkuan isteri apabila mereka sudah jemu.

Atas sebab itu juga, Nabila turut menasihatkan pendatang baharu dalam industri agar tidak sesekali mendekati atau berfikir untuk mencuba kerana ia akan menghancurkan hidup dan karier mereka.

Nabila beranggapan alasan cinta lokasi demi mendapatkan keserasian sehingga ada pelakon wanita terjerat dengan hubungan terlarang di luar set penggambaran adalah mengarut dan tidak sepatutnya berlaku.



Jelasnya lagi, tindakan tersebut juga hanya akan menjatuhkan maruah seorang wanita apatah lagi kisah peribadi mereka akan menjadi topik perbualan dalam kalangan kaum lelaki.

"Cinta lokasi itu mengarut! Jangan pernah lakukan perkara itu. Awak akan jumpa pelbagai lagi pasangan lain (dalam drama). Nak berlakon dengan dia sekejap sahaja, selepas itu akan bertukar pasangan lain.

"Awak tak rasa ke maruah awak itu murah? Orang lelaki akan cakap apa kekurangan awak, apa yang awak dah buat. Saya dah lama dalam industri ini, saya ada ramai rakan lelaki dan saya tahu mereka cakap fasal perempuan. Tolong jaga maruah!," tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Meskipun terdapat beberapa selebriti yang berjaya membawa kisah cinta lokasi ke jinjang pelamin, namun Nabil berpendapat pelakon muda seharusnya lebih fokus kepada karier berbanding cinta.

"Ada yang berjaya macam Adam Lee dan Sweet Qismina ataupun Datuk Fizz Fairuz serta Datin Almy Nadia, itu cinta suci dan terus berkahwin.

"Tapi untuk budak muda ini, jauh lagi perjalanan, cuba fokus dengan karier anda. Jangan bazirkan masa dengan lelaki, cinta palsu. Bila dah berjaya nanti baru fikir fasal cinta," katanya.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: