10 February 2023

"SAYA TAK AKAN MULAKAN SESUATU HUBUNGAN DI ATAS KESENGSARAAN ORANG LAIN" - SHILA AMZAH & UBAI JAWAB TUDUHAN 'PERAMPAS'



"Kalau diorang together (bersama), Sha (Shila) pun tak ada nak kawan dengan Ubai. Saya tak akan mulakan sesuatu hubungan di atas kesengsaraan orang lain," itulah jelas penyanyi Shila Amzah atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, baru-baru ini.


Menurut Shila, 33, jika benar Ubai mempunyai hubungan istimewa dengan wanita berkenaan seperti yang didakwa netizen, dia sama sekali tidak akan menganggu Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25.

Selepas mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pempengaruh media sosial itu, Shila dituduh pula sebagai perampas. Keakraban mereka itu telah mengundang pelbagai spekulasi netizen.

Klik untuk gambar besar



Ia ekoran Ubai didakwa kerap bergandingan dengan seorang influencer wanita yang juga penyanyi menerusi beberapa video di laman sosialnya sebelum ini.

Netizen mendakwa, Ubai dan wanita berkenaan sebenarnya mempunyai hubungan sehingga menuduh Shila sebagai punca mereka tidak lagi bersama.

Sementara itu, menerusi siaran langsung di TikTok, Ubai juga tampil menjelaskan perkara tersebut dengan berkata, ramai menyangka dia mempunyai hubungan dengan wanita tersebut kerana sering menghasilkan video bersama.

Ujar Ubai lagi, keakraban mereka tidak lebih atas urusan kerja malah menyifatkan wanita tersebut sebagai seorang sahabat yang baik.

"Kita tak boleh nak ubah benda yang dah lepas cuma kita boleh belajar daripada benda yang lalu. Saya dan dia, tak ada gaduh tak ada apa. Kami berdua okay sangat. Bercakap semua okay.

"Itu adalah urusan kerja, dan dah selesai. Cuma tinggal nak release beberapa urusan kerja. Itu antara saya dan individu tersebut," tuturnya.


________ IKLAN ________

JUALAN JIMAT GILER 2.2. - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan JIMAT GILER 2.2 (2 Februari 2023) ini.

Pelbagai barangan dijual dengan harga giler termasuk pemberian diskaun dan voucher yang tak masuk akal.

Selain itu,  banyak hadiah hebat dan cabutan bertuah menanti anda.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: