08 February 2023

"SAYA TIDAK SIHAT KETIKA ITU... BIARLAH ORANG NAK KATA APA-APA" - YANTZEN SEDIH DIDAKWA TERBABIT DENGAN PERKARA NEGATIF



Tindakan segelintir netizen yang meninggalkan komen kurang menyenangkan serta mendakwa Yantzen Juniawan, 65, terbabit dengan perkara negatif menerusi video yang tular di Facebook, baru-baru ini, telah membuatkan penyanyi rock popular itu berasa sedih.


Dalam video tanpa audio itu, Yantzen dilihat sedang bercakap sesuatu tetapi seperti berada dalam keadaan tidak tentu arah dan tidak normal. Video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook itu mendapat tontonn lebih 1.5 juta dan 3,300 komen.

Selain komen negatif, rata-ratanya meninggalkan komen bersimpati dengan Yantzen dan mendoakan dia sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Yantzen ketika dihubungi, mengakui ketika itu dirinya memang tidak sihat, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Saya tidak sihat ketika itu dan cuba stabilkan keadaan itu. Namun, bukan saja (orang) bersimpati. Ada juga beri tohmahan," tuturnya.

Penyanyi Rusty Blade dan bekas penyanyi May itu juga reda jika orang hendak berkata apa saja.

"Saya tidak mahu komen. Biar saja sesiapa yang ingin kata apa-apa pun. Terima kasih atas keprihatinan. Barakallah," katanya kepada Harian Metro dalam mesej ringkas menerusi WhatsApp.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: