08 February 2023

CAT FARISH: "TALAK SATU SAHAJA, BUKAN TIGA... MASALAH DALAMAN BERPANJANGAN MENJADI PENCERAIAN TERSEBUT"



"Sebenarnya hubungan kami ada beberapa masalah peribadi cuma apabila ia cerita itu bertukar tangan, ia jadi lain. Bercerai memang cerai, tetapi talak satu sahaja bukan tiga. Saya pun tidak mahu buka aib sesiapa sebab penceraian itu pun bermulanya daripada lelaki. Tidak ada isteri yang menceraikan suaminya.


"Apa yang boleh saya katakan, masalah dalaman memang berlaku dan kami sudah tidak dapat mengawalnya lagi. Ada konflik membabitkan anak-anak serta keluarga dan untuk saya buka aib itu rasanya tak elok sebab dia pun masih muda.

"Jadi, biarlah aib dia terbuka dengan sendirinya supaya saya tidak perlu mengiyakan atau menidakkan. Cuma perkahwinan tidak berlangsung dengan sempurna dan jalan yang paling selamat adalah berpisah."

Demikian jelas penyanyi dan komposer Cat Farish, 49, yang menyangkal dakwaan menceraikan isterinya, Suriani Hassan, 37, dengan talak tiga seperti didakwa wanita berkenaan sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



Cat atau nama sebenarnya Farrish Zaquan Ramli, mendedahkan dia dan Suriani sudah pun bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Senawang, Negeri Sembilan pada 16 Januari lalu.

Kata anggota kumpulan Ruffedge ini, masalah dalaman yang berpanjangan menjadi penceraian tersebut dan sebagai lelaki dia mengambil tanggungjawab tentang apa berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini.

Dalam pada itu, Cat turut berkata, masalah rumah tangga yang dihadapi sudah berlarutan lama dan sukar untuk dibawa berbincang kerana melibatkan emosi, malah tiada ruang untuk mereka berdamai kerana bekas isterinya sejak awal bertindak keluar rumah dan tinggal bersama ibu bapanya.

Menurut Cat lagi, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri serta tidak mencari jalan untuk berdamai kerana masing-masing sukar mengawal emosi.



"Kenapa saya berdiam diri sebab saya tahu emosi orang, lebih-lebih lagi kalau kedua-duanya pun ibarat 'api', pasti akan jadi lebih teruk. Jadi, saya tunggu sampai tarikh perbicaraan di mahkamah dan hakim pun tidak cakap apa-apa, cuma nak pengesahan talak yang saya lafazkan.

"Disebabkan sikap saya yang selalu cakap berulang-ulang menyebabkan perkara itu berlaku (dikatakan cerai talak tiga). Malah, kejadian berlaku terlalu pantas memandangkan masalah yang ada sudah lama.

"Cuma nak berbincang agak susah sebab kami dalam keadaan yang beremosi. Nak berdamai pun tak berjaya sebab dia awal-awal lagi sudah keluar rumah dan tinggal bersama keluarganya di Senawang, Negeri Sembilan. Saya hanya mampu memberi sokongan daripada luar.

"Saya nak berkomunikasi dengannya pun sukar sebab bila diberi peluang untuk bercakap pasti ada topik yang timbul hingga akhirnya membuatkan emosi masing-masing terganggu. Jadi, lebih baik elakkan diri daripada bercakap dan saya memilih berurusan dengan ahli keluarganya," katanya.



"Apa yang boleh saya katakan, perkahwinan ini tidak sempurna, jadi jalan yang paling selamat adalah untuk kami berpisah. Nak berbincang pun tak dapat sebab awal-awal lagi dia dah keluar daripada rumah saya.

"Saya berdiam diri kerana saya tahu emosi orang ni tak boleh lawan dengan 'api'. Kalau saya sama-sama juga melagakan api tu, nanti akan jadi lebih teruk," ujarnya.

Bagaimanapun, selepas dua kali gagal dalam perkahwinan, Cat mengakui, selepas ini dia tidak lagi mahu terburu-buru dalam perhubungan, sebaliknya akan mendahulukan anak-anaknya dan meminta restu mereka sekiranya berhasrat mendirikan rumah tangga lagi.

"Dua kali gagal dalam perkahwinan, apa yang saya belajar adalah untuk bercinta terlebih dahulu. Saya akui terlalu terburu-buru sewaktu membuat keputusan untuk berkahwin.

"Anak-anak juga perlu merestui kerana itu yang paling penting. Dalam perhubungan ini sebenarnya anak adalah keutamaan kita. Kalau pasangan itu dapat menerima anak-anak saya dengan baik, Insya Allah saya okay sahaja.

"Saya tidak kata bekas isteri tidak dapat menerima anak-anak saya, tapi biasalah anak saya tiga orang. Masing-masing ada perangai sendiri. Malah, hubungan saya dengan bekas isteri menerusi perkahwinan pertama yang ibarat rakan baik sedikit sebanyak turut mengganggu hubungan yang kami bina ," tuturnya.

Terdahulu, Suriani mendedahkan Cat melafazkan cerai sebanyak tiga kali dalam satu masa pada 13 Disember lalu walaupun perkahwinan mereka baru berusia dua tahun. Untuk makluman, Cat dan Suriani berkahwin pada 20 November 2020 dan pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum ini, Cat pernah mendirikan rumah tangga bersama Hartiny Ramli, namun bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 16, Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: