10 February 2023

"TAKUT KENA SAMAN LAGI KE?" - ALI PUTEH DIPERLI PADAM VIDEO DAKWA HIDAYAH TABUR GARAM, LIMAU, BANGKAI MENGKARUNG DI LUAR RUMAH



Sebelum ini, balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali, 30, bersama peguamnya telah berkunjung ke rumah arwah suaminya sempena genap tiga tahun pemergiannya.


Bagiamanpun, ibu kepada seorang cahaya mata itu meluahkan rasa sedih apabila pintu rumah didakwa tak dibuka, selepas beberapa kali memberi salam dan sudah sejam menunggu diluar, meskipun ada kereta dan motosikal di perkarangan rumah.

Dalam pada itu, Hidayah atau Dayah turut memohon pihak yang terlibat melunaskan bayaran saman RM60,000 seperti yang diperintahkan mahkamah.

Selepas perkongsian Hidayah itu, Ali Puteh menerusi laman Instagram miliknya pula membuat video balas dengan mengatakan selepas arwah ibunya iaitu Sabariah Arshad, meninggal dunia, dia dan keluarga tidak tinggal di rumah tersebut.

Klik untuk gambar besar



Kata Ali, selepas balu arwah Abam dan peguamnya balik, pihaknya menjumpai taburan garam, kulit limau, daun bidara dan bangkai haiwan dipercayai mengkarung di luar keliling rumah.

"Saya bukan nak menyebarkan aib orang, tak baik. Ini rumah arwah Abam. Saya tidak tinggal di sini selepas ibu saya meninggal dunia. Apa saya dapat tahu dari abang ipar dan adik, pagi tadi balu dan peguam datang ke sini. Abang ipar saya nampak dan bagitahu saya tetapi tak tahu apa motif.

"Apa saya nampak adalah taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau. Allah tak pernah ajar benda-benda macam ini. Tabur keliling rumah arwah. Saya tak takut benda ini. Kalau kata saya mati sebab ini, saya reda. Apa ini? Islam tak pernah ajar!

"Paling terperanjat adalah jumpa bangkai mengkarung. Apa motif awak? Awak tahu rumah ini adik saya yang jagakan. Dia ada anak kecil. Saya bukan nak buat video fitnah. Saya tutup mulut dan jaga aib selama tiga tahun. Apa awak cuba buat dengan ilmu-ilmu khurafat? Sedih saya," katanya.

Tambah Ali lagi, dia juga mempunyai bukti, namun tidak mahu berkongsikan serta mendedahkan jumpa barang pelik di bilik abangnya selepas arwah Abam meninggal dunia.

"Ini bukti yang jelas kita dapat, sebelum ni ada je bukti saya taknak cerita. Lepas arwah meninggal bilik dia kita kemas lagi pelik barang kita jumpa dalam bilik awak. Tapi kita tutup mulut. Cukuplah abang saya menderita benda ni," ujarnya.



Namun begitu, video posting berkenaan sudah pun dipadam Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, selepas beberapa minit ianya dimuat naik. Dek kerana tindakan Ali itu, rata-rata netizen telah memerli pelawak itu dengan meninggalkan komen di posting lain.

Sementara itu, Ali memaklumkan dia sudah berbincang dengan peguam dan akan membuat bayaran RM60,000 secara ansuran.

"Kes mahkamah dah selesai dan saya kalah. Saya okey. Saya akan buat bayaran secara ansuran cuma menunggu jawapan," tuturnya.






________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: