14 March 2023
PENYERANG KAMAL ADLI DIHADAPKAN KE MAHKAMAH HARI INI - BERDEPAN 7 TAHUN PENJARA DAN ROTAN
"Jika sabit kesalahan, menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, ia membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu," ujar Polis Singapura SPF, dalam satu kenyataan malam ini pada media.
Ini kerana, lelaki berusia 33 tahun itu akan dituduh mengikut tuduhan 'disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya'.
Untuk makluman, pihak polis Singapura menerima panggilan mengenai satu kes di Singapore Expo pada 9.19 malam hari Ahad (Mac 12) yang mana suspek memukul seorang lelaki berusia 36 tahun menggunakan cota di lokasi itu.
"Cota itu dirampas dan dijadikan barangan kes dengan siasatan masih diteruskan," tambah SPF yang mengamalkan toleransi-sifar terhadap apa-apa tindakan keganasan terhadap pihak yang melanggar undang-undang.
Sebelum ini, Kamal, 36, yang mengalami kecederaan terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di republik itu.
Difahamkan, penyerang sebelum ini ada memberi komen amaran pada pasangan pelakon itu.
"Hey! Pesan sama Kamal Adli anjing itu, aku mesti bunuh dia. Aku mesti seksa dia habis-habisan. Semua anjing keparat," tulis individu itu yang ditangkap layar oleh Uqasha melalui Instagram Storynya. .
________________________
No comments:
Post a Comment