15 March 2023

13 MARCH LALU - SYURA BADRON SELAMAT BERSALIN ANAK LELAKI, MUHAMMAD UMAR EUSSOF



"Syukur Alhamdullillah, pada 13 March 2023 isteri saya telah selamat melahirkan seorang putra seberat 2.5kg secara normal pada pukul 9.01 malam yang telah di rawat sempurna oleh @drthokha..

"Terima kasih di atas segala doa yang tak henti-henti dari semua.. hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala doa kalian.. Terima kasih sayang untuk anugerah terindah ini..



"Assalammualaikum dan selamat datang sayang daddy mommy, Muhammad Umar Eussof πŸ‘ΆπŸ»," tulis suami kepada penyanyi Syura Badron, Muhamad Farizat Ismail yang turut menyerta tanda pagar 'sxflovestory' '13032023' 'marchbaby' 'syurabadron'.

Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram, Syura dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru malam kelmarin iaitu pada 13 March lalu.



Berita gembira itu turut mendedahkan nama anak pertama mereka iaitu Muhammad Umar Eussof.

Sebelum ini, Syura tidak menyangka dikurniakan rezeki hamil selepas kali terakhir dia melahirkan anak 11 tahun.



Untuk makluman, Syura dan Farizat berkahwin pada 22 Januari lalu selepas lima tahun mengenali hati budi masing-masing.

Ini adalah perkahwinan kedua Syura selepas bercerai dengan bekas suami, Mohd Fadhly Md Yassin pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11. .

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: