Semua sedia maklum mengenai pelakon yang sebelum ini hangat diperkatakan iaitu Sophia Albarakbah.
Pelakon sensasi itu mengakui dia kini sedang dilamun cinta dengan jejaka digelar sebagai 'Mr Doctor'.
Jelas Sophia, kekasihnya itu sentiasa memberikan semangat kepadanya ketika dia berdepan kontroversi dituduh penyondol rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz & Bella Astillah.
"Saya tak gemar berkongsi hal peribadi, kalau sudah berkahwin nanti saya kan kongsi kepada semua... tapi orang yang rapat dengan saya tahu siapa jejaka tersebut.
"Buat masa sekarang cukupkan dia dikenali sebagai 'Mr Doctor' dan dialah yang ada disisi saya ketika berdepan kontroversi sebelum ini. Dia membuatkan saya jadi lebih kuat," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Sophia berkata, tidak mahu membangkitkan kontroversi melanda dirinya dan meminta semua 'move on' daripada isu berkenaan apatah lagi penggambaran drama lakonan mereka 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah' sudah pun selesai.
"Saya rasa cerita ini sudah lama dan semua orang patut 'move on'. Kami pun sudah selesai menjalani penggambaran. Cukuplah hanya orang-orang terlibat sahaja tahu.
"Soal hubungan saya dengan Bella pun, saya rasa tidak perlu beritahu. Kami berada dalam industri sama, jadi kalau ke mana-mana pun pasti akan terserempak.
"Di lokasi saya dan Aliff sangat profesional. Takkanlah disebabkan isu ini kami hendak kecewakan produksi yang telah bekerja keras untuk drama ini," katanya.
Tambah Sophia lagi, dia menghormati keputusan Aliff yang sebelum ini memberitahu tidak mahu bergandingan dengannya lagi.
"Soal berlakon sama dengan Aliff kenalah tanya kepadanya sebab dia yang berkata demikian. Saya hormat keputusan tersebut.
"Memang sakit apabila ramai yang bercakap tentang hal ini. Tambah lagi ketika itu saya masih dalam proses penggambaran. Tetapi semua orang ada hak untuk bercakap.
"Saya tidak boleh marah atau berkecil hati kerana yang memberi komen pun tidak tahu cerita sebenar," tuturnya.
________________________
No comments:
Post a Comment