14 March 2023

"BAGI ISU YANG TAK PATUT DIBANGKITKAN SEPATUTNYA KITA ELAKKAN" - BAPA HARAP KEMELUT RUMAH TANGGA HAFIDZ ROSHDI DISELESAIKAN CARA BAIK



"Sekarang kes ini sedang diadili dan kita doakan yang terbaik. Insya-Allah kita (keluarga) juga akan selesaikan masalah ini (kemelut rumah tangga Hafidz) dengan cara terbaik."

Itulah kata bapa kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Roshdi Ahmad yang berharap kemelut rumah tangga anaknya itu dapat diselesaikan dengan cara baik.


Dalam pada itu, Roshdi yang ditemui di mahkamah media semalam, berharap isu yang tidak berkaitan dengan pertuduhan mahkamah tidak terus dibangkitkan oleh mana-mana pihak.

"Bagi isu yang tak patut dibangkitkan sepatutnya kita elakkan kerana pada saya ia boleh beri kesan tidak baik. Ia menjejaskan nama baik (keluarga) dan ia perlu dihentikan.

"Kami bukan seperti yang difitnah. Orang kenal kami dan selama ini kami cuma berdiam (diri)," ujarnya.

Sementara itu, peguam Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memohon mahkamah mengurangkan kadar ikat jamin di bawah RM5,000 dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan dua anak.

Klik untuk gambar besar



"Beliau kehilangan pendapatan selepas beberapa produksi menarik balik tawaran berlakon kepada susulan kontroversi dihadapi.

"Beliau juga mengidap gangguan bipolar, namun menjelaskan bahawa ia bukan masalah mental yang serius seperti masalah skizofrenia," jelasnya.

Aberdin memohon kadar jaminan itu dikurangkan selepas Timbalan Pendakwa menawarkan ikat jamin RM10,000 dikenakan terhadap Hafidz selaku Orang Kena Tuduh (OKT) dengan beberapa syarat tambahan.

Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan pelakon itu dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan pada 28 Mac ini bagi menjalani rawatan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: