14 March 2023

"SAYA BUKAN TARIK DIRI, TAPI DIBUANG" - AARON AZIZ SAHKAN TAK TERLIBAT LAGI DALAM FILEM SYAMSUL YUSOF, 'THE ORIGINAL GANGSTER'



"Saya bukan tarik diri, tapi dibuang. Saya cuma boleh katakan saya tak terlibat dalam 'The Original Gangster'. Saya nak jadi profesional, saya tak nak buka aib sesiapa.

"Saya bagi muka pada Datuk Yusof Haslam, saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu… tahulah.



"Selisih faham tu.. yang faham tu faham jelah. Yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak buka cerita. Apapun saya doakan yang terbaik."

Demikian jelas pelakon Datuk Aaron Aziz yang mengesahkan, dia tidak terlibat lagi dalam filem 'The Original Gangster' arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.



Bagaimanapun, Aaron enggan mendedahkan punca dia dibuang kerana tidak mahu membuka aib sesiapa.

Untuk info, filem 'The Original Gangster' dibintangi pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.



Ditanya mengenai perkembangan lain, Aaron berkata, dia kini sedang membintangi filem Sheriff, terbitan Skop Production, arahan adik kepada Syamsul iaitu Syafiq Yusof.

Filem tersebut juga dibintangi Zul Ariffin dan Syafiq Kyle.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: