"Hubungan saya dengan anak-anak rapat sebagai ayah dan anak, saya tidak tahu apa yang Aurora trauma," ujar pelakon Farid Kamil, 42, mengenai anak bongsunya, Nur Aurora, 8, yang didakwa trauma oleh isterinya, pelakon Diana Danielle, 32.
"Adakah kerana saya bertanya soalan peribadi yang menyinggung perasaan dia (Diana)? Saya tidak tahu kenapa saya dihalang dari berjumpa anak-anak dan itu kena tanya Diana," katanya lagi yang tidak tahu kenapa dihalang dari berjumpa dengan anak-anaknya sejak 23 hari lalu.
Dalam pada itu, Farid yang tidak tahu di mana Aurora dan abangnya, Muhammad, 10, berada sekarang itu menyerahkan perkara tersebut untuk pertimbangan pihak mahkamah.
"Saya tidak akan mengaibkan anak-anak dan isteri untuk kepentingan peribadi. Saya ke mahkamah untuk menegakkan hukum-hakam agama Islam. Saya memang rindu pada anak-anak tetapi apa yang saya boleh buat? Hanya kepada Allah, tempat saya mengadu.
Klik untuk gambar besar
"Saya mendapat taufik dan hidayah ketika mengerjakan umrah dan ziarah baru-baru ini. Dari situ saya dapat meningkatkan tahap kesabaran yang ada pada saya sekarang," tuturnya.
Sementara itu, Farid dalam masa sama turut mendakwa dia mempunyai bukti bergambar menunjukkan Diana curang, namun enggan mendedahkannya kepada umum sekarang tetapi akan melakukannya di mahkamah nanti.
"Saya ada bukti bergambar. Namun, saya tak boleh tunjuk kepada umum sekarang. Saya akan dedahkan di mahkamah," jelasnya yang akui mula menghidu mengenai kecurangan isterinya itu dimana ia berlaku sejak tahun lalu.
Sebelum ini, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson menafikan dia curang dan mendakwa apa yang berlaku adalah berpunca daripada Farid 100 peratus.
Dalam pada itu, sebalik kemelut berkenaan, Farid meluahkan rasa syukur kerana karier lakonannya tetap menyerlah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
________________________
No comments:
Post a Comment