29 March 2023

GANTUNG TAK BERTALI DUA TAHUN, GAGAL BERI NAFKAH - ISTERI AFIQ MUIZ TERPAKSA FAILKAN TUNTUTAN FASAKH



"Benar, dia gantung saya tidak bertali dan sejak Julai 2021, saya tidak menerima sebarang nafkah daripadanya. Dia memang sudah tinggalkan saya. Afiq tahu saya failkan permohonan fasakh tetapi dia tidak mahu beri kerjasama."

Itulah kata isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu pelakon Pachara Apin dimana dia terpaksa membuat tuntutan fasakh selepas permohonan bercerai secara baik yang difailkan pada tahun lalu tidak mendapat kerjasama suaminya apabila dia gagal menghadirkan diri ke mahkamah.


Peguam yang mewakili Panchara, Suriati Ab Ghani memaklumkan, Hakim Syarie Abdul Malik Soleh menetapkan kes itu disebut pada 6 April ini meskipun tanpa kehadiran Afiq.

"Sebelum ini pihak kami melalui plaintif (Panchara) memfailkan kes cerai secara baik pada Ogos tahun lepas, tapi tidak mendapat respons daripada defendan yang tidak menjawab panggilan," tuturnya.


Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Panchara atau sebenarnya Nur Aaira Mahadeya, 32, menjelaskan, isu dipukul Afiq sebelum ini benar-benar berlaku dan bukan fitnah seperti didakwa suaminya.

"Dia ada buat laporan polis kata saya fitnah tetapi saya tidak menipu. Saya tiada benda nak cakap, sebab bukti saya rasa semua orang nampak. Sebelum ini saya banyak bercakap, lagipun sekarang ini kita sedang berpuasa," ujar Panchara.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: