29 March 2023

MAAFKAN SOPHIA ALBARAKBAH - BELLA ASTILLAH TAK AKAN LUPAKAN ISU 'TERSUKA SUAMINYA'



Pelakon Sophia AlBarakbah yang sebelum ini didakwa mengganggu rumah tangga penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu telah mendapat kemaafkan daripada isterinya, Bella Astillah, namun begitu, dia tidak akan melupakan isu 'tersuka suaminya'.


Ini kerana kata Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, dia kini mengutamakan ketenangan hati dan tindakan memaafkan itu membuatkan dia lebih tenang untuk menjalani kehidupan bersama suami dan anak-anak.

"Saya sudah memaafkan dia (Sophia), tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku itu. Saya juga doakan semoga dia terus berjaya.

"Keputusan Aliff dan saya sama. Kami tak akan kerjasama lagi dengannya lagi dalam lakonan. Cukuplah dalam drama sebelum ini. Saya dan Aliff sudah berbincang mengenai perkara ini dan ia keputusan terbaik.

Klik untuk gambar besar



"Dalam urusan kerja lakonan Aliff, saya tak campur tangan dan okay saja dia berlakon dengan wanita lain. Saya tidak menentukan heroin untuk dia termasuk mengikutnya ke lokasi penggambaran.

"Saya masih percayakan Aliff dan bagi projek lakonan terbaru bersama pelakon, Trisha Ooi. Nampaknya semua okay dan naluri hati saya juga tidak berasa curiga.

"Ia berbeza daripada sebelum ini. Sebagai isteri, naluri hati dirasakan itu selalu benar," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: