29 March 2023

TAK SETUJU PINDA NAFKAH ANAK - BEKAS ISTERI MAHU SAM BUNKFACE BUKTIKAN 'TAK MAMPU'



Gambaran di media sosial seperti tidak menunjukkan mengalami masalah.

Hal berkenaan membuat bekas isteri kepada penyanyi Sam Bunkface, 35, iaitu Aida Azira Hussin, 36, telah meminta bekas suaminya itu untuk mengemukakan bukti sekiranya dia tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan yang menyebabkan dia ingin meminda nafkah anak mereka.


"Dia kena buktikanlah kalau tidak ada persembahan atau pendapatan. Tapi kalau tengok di media sosial macam bertentangan dengan apa yang dia cakap.

"Sudah tentu saya tidak bersetuju kerana itu memang tanggungjawab dia. Dia kena bayar nafkah ke atas anak dia secukupnya," ujar Aida yang berkahwin dengan Sam pada 25 April 2015 namun bercerai pada Januari 2019.

Klik untuk gambar besar



Sam yang hadir ditemani adiknya yang juga pelakon Siti Saleha ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi sebutan kes pindaan nafkah mereka itu enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

Dalam pada itu, Aida turut memberithau, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, sudah enam bulan tidak berjumpa dengan anak mereka iaitu Maleeq, 6. Bagaimanapun, Aida berasa kecewa apabila panggilan yang dibuat juga tidak dijawab.



"Mungkin dalam lima atau enam bulan sejak tahun lalu. Dia yang tak jumpa anak. Sudah tentu anak ada mencari dia. Anak cuba untuk menghubungi dia tetapi panggilan tidak dijawab. Hubungan kami pun macam itu sajalah. Berhubung hanya untuk anak," katanya.

Sementara itu, Sam yang hadir ditemani adiknya yang juga pelakon Siti Saleha enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung isu itu apabila meninggalkan perkarangan mahkamah dengan menaiki motosikal sebaik saja sesi berkenaan selesai.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: