18 March 2023

EZAD LAZIM KECEWA INDIVIDU SEBAR BERITA PALSU KATA DIRINYA MENINGGAL DUNIA



Baru-baru ini, tersebar berita palsu yang mengatakan penyanyi Ezad Lazim telah meninggal dunia.

Berhubung perkara itu, Ezad meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir individu yang menyebarkan berita palsu tersebut.


Jelas Ezad, dia mendapat tahu mengenai perkara itu apabila dimaklumkan rakan-rakannya, semalam.

"Saya dapat tahu mengenai perkara ini sejak semalam apabila beberapa kenalan mula berkongsi berita ini dan ingin mendapatkan pengesahan.

"Bila keluar benda begini, makcik-makcik di kampung yang risau, tentunya akan menghubungi dan bertanya kepada isteri saya.

"Bila lihat tajuk artikel itu, ia mengenai saya yang meninggal dunia. Tapi, bila dibaca artikel penuh, ia mengenai kematian adik saya. Tapi, adik saya dah meninggal dunia setahun yang lalu.

"Ini bukan kali pertama sebab sebelum ini pun dah beberapa kali nama saya dipetik dan dikatakan meninggal dunia.

Klik untuk gambar besar



"Malah, gambar ketika saya sakit dan terlantar di hospital pun pernah disalahguna individu tidak bertanggungjawab ini," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ezad juga menyeru agar masyarakat tidak terus menerus menyebarkan sesuatu berita tanpa usul periksa.

"Zaman sekarang terlalu ramai golongan yang suka berkongsi tanpa memeriksa kebenaran sesuatu perkara terlebih dulu. Kalau boleh siasat dulu sama ada berita itu benar atau tidak, lebih-lebih lagi berkaitan kematian.

"Ada juga yang menghantar mesej kepada saya di Instagram dan memohon maaf kerana berkongsi berita itu dalam hantaran mereka, kerana menyangka ia berita benar," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ezad kini baru sahaja melancarkan single kerjasama dengan kumpulan nasyid Inteam berjudul 'Kasihku Abadi' 2023.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: