18 March 2023

"SAYA SEKADAR BERKONGSI KHABAR GEMBIRA..." - ARIL JELAS TINDAKAN KONGSI KEHAMILAN ISTERI YANG BARU 6 MINGGU DISIFATKAN TERLALU AWAL



Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus, 38, sebelum ini berkongsikan berita gembira mengenai kehamilan isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin yang baru enam minggu.

Namun begitu, Aril berkata, mereka berdepan khabar sedih apabila isterinya perlu menjalani pembedahan membuang rahim ketika melahirkan anak kedua nanti akibat ketumbuhan fibroid.


Perkongsian bekas naib juara Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7) itu bagaimanapun menerima teguran dimana rata-rata netizen menyifatkan ia masih terlalu awal untuk 'bergembira'.

Jelas Aril, dia memang ada terfikir hendak menunggu sehingga kandungan lebih kuat, namun akhirnya dia berkongsi berita gembira itu selepas berbincang dengan isterinya.

Klik untuk gambar besar



"Saya sekadar berkongsi khabar gembira mengenai kehamilan isteri. Bukan apa, ketika ini industri hiburan tempatan penuh dengan perkara negatif dan penuh kontroversi. Bergaduh, menipu, bercerai dan sebagainya, jadi saya selangi dengan berita gembira ini.

"Sudah lapan tahun saya menanti kehadiran anak kedua. Sejak Jumaat lalu saya berfikir sama hendak memuat naik berita gembira itu atau tidak.

"Selepas berbincang dengan isteri, akhirnya saya ambil keputusan untuk muat naik di media sosial. Memandangkan baru saja enam minggu, semoga doa yang baik-baik juga buat kandungan isteri saya," ujarnya.

Meskipun begitu, Aril meluahkan rasa syukur ruangan komen video yang dimuat naik itu menerima ucapan positif dan kata-kata tahniah daripada peminat.

Untuk makluman, Aril mendirikan rumah tangga dengan Puteri Erma Edlinda pada 20 Disember 2013. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Tun Adriel Mikael yang kini berusia tujuh tahun.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: