18 March 2023

POSTING TARIK PERHATIAN LAGI - EINA AZMAN MINTA JANGAN TANYA MENGENAI PERIBADI



Baru-baru ini, pelakon Datin Paduka Eina Azman telah berkongsi posting yang disertakan tanda pagar 'wanitaberdikari'.

Posting tersebut menarik perhatian apabila ia seolah-olah memberi bayangan pelakon berusia 27 tahun itu sedang menanggung masalah peribadi.


Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story, ibu kepada anak kembar sepasang itu meletakkan tanda pagar itu dalam hantaran video yang dimuat naik.

Dalam masa sama, Eina turut memohon orang ramai untuk tidak bertanyakan mengenai soal peribadinya.

Klik untuk gambar besar



"Tolong jangan tanya mengenai 'personal' (peribadi) saya. Hari ini (kelmarin) saya perlu gembira sebab esok (semalam) adalah hari penting untuk saya," tulisnya.

Dalam hantaran berbeza, Eina dikatakan bakal melancarkan sebuah produk kecantikan semalam apabila berkongsi testimoni yang berjaya dicapai pembantu rumahnya.

Sebelum ini, tindakan Eina berkongsi hantaran video memaparkan dirinya menangis berserta emoji patah hati di Instagram Story menimbulkan tanda tanya.



Bukan itu saja, Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman turut berkongsi ayat berkaitan 'menghargai' seseorang dalam hantaran lainnya juga di Instagram Story.

Untuk makluman, Eina bertemu jodoh dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak kembar sepasang iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: