18 March 2023

HUTANG RM150,000 - DR CHE HAFIZ DITUNTUT LUNASKAN



"Plaintif meminta bayaran penuh kerana merasakan Dr Che Hafiz mampu berbuat demikian," kata wakil peguam kepada plaintif iaitu Zawin Najah Badrul Hisham dari Nik Sofia & Co.

Menerusi mStar, tuntutan itu dibuat oleh plaintif berusia 34 tahun yang juga seorang doktor namun enggan mendedahkan identitinya.


Baru-baru ini, suami kepada pelakon Julia Farhana iaitu Dr Mohammad Che Hafiz Che Ibrahim didakwa gagal membayar semula wang pelaburan berjumlah RM150,000 kepada seorang wanita bagi menjalankan operasi sebuah klinik di Cyberjaya, Selangor.

Jelas wakil peguam plaintif, perintah penghakiman telah pun dikeluarkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kepada Dr Che Hafiz dan seorang lagi rakan kongsi pada 10 Jun 2022, namun kedua-dua defendan dalam kes berkenaan dilihat sengaja melengkahkan bayaran.

Berkongsi mengenai perjanjian di antara plaintif dan defendan-defendan, Zawin menjelaskan ketiga-tiga mereka bertemu sekitar Julai 2021.

Mengikut perjanjian, plaintif bersetuju melabur sejumlah wang seperti disebut, namun akhirnya terpaksa berputih mata apabila klinik yang sepatutnya beroperasi pada Januari 2022 tidak disiapkan.

Klik untuk gambar besar



Bukan itu sahaja, plaintif juga terpaksa menggunakan wang sendiri bagi membeli kelengkapan klinik tersebut dan memulakan operasi.

Dalam pada itu, Zawin berkata, surat tuntutan pertama dikeluarkan pada 18 Mac 2022 sebelum notis pembatalan perjanjian dibuat pada 13 April tahun sama.

Bagaimanapun pihak plaintif gagal mendapat sebarang maklum balas dari defendan-defendan sehingga terpaksa memfailkan saman pada 24 Mei 2022.

"Sejak awal lagi tiada respons daripada mereka dan tiada fail pembelaan sehinggalah perintah mahkamah dikeluarkan barulah mereka memberi maklum balas. Sehinggalah perintah mahkamah dikeluarkan barulah mereka memberi maklum balas.

"Selain wang pelaburan tersebut, plaintif turut menuntut tunggakan gaji sebanyak RM16,000 bagi dua bulan awal klinik beroperasi," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: