Semua sedia maklum mengenai pelakon Sharifah Sakinah dimana dia mengesahkan sudah berpisah dengan suaminya, Michael Hansen pada hujung tahun lalu.
Namun begitu, Sakinah mendedahkan kehidupannya kini lebih tenang selepas mengambil keputusan untuk berpisah.
Kata Sakinah, dia menyedari ramai yang bimbangkan dirinya selepas dia membuat keputusan membotakkan rambutnya.
"Saya jumpa ketenangan saya. Saya tahu ramai yang risaukan saya tapi terutama ketika saya botakkan kepala.
"Saya ok dan baik-baik saja kerana saya percaya pada diri saya. Saya begini pun masih ada rezeki untuk saya teruskan hidup.
Klik untuk gambar besar
"Kini Saya tenang 'full of content' penuh dengan rasa sayang dan lebih menyayangi anak saya. I botak ke macam mana I still ada rezeki pada saya percaya pada diri saya," ujarnya.
Dalam pada itu, Sakinah memberitahu, perpisahannya dengan Michael berjalan dengan baik dan rasional.
Tambah lagi, mereka tidak dapat meneruskan hubungan kerana komitmen pada anak-anak.
"Saya dangen dia (Michael) habis macam tu je lah. Tak boleh teruskan sebab masing-masing dah ada komitmen dengan anak-anak.
"Dia tak boleh pindah sini (Malaysia) dan saya pun dah cuba untuk ikut dia berpindah ke sana tapi saya tak boleh kerana ada anxiety.
"Saya tak boleh tinggalkan anak saya. Saya anxiety sebab bila apa-apa jadi pada anak saya contoh waktu 3 atau 4 pagi, macam mana saya nak pulang dengan segera. Saya perlukan anak saya bersama," tuturnya.
Terdahulu, Sakinah mengumumkan dia dan Michael sah bergelar suami isteri sekitar Februari 2022.
________________________
No comments:
Post a Comment