18 March 2023

"SAYA YANG PINDAH SEKOLAH... KALAU BETUL KENAPA BARU SEKARANG BUKA CERITA?" - UQASHA BIDAS INDIVIDU DAKWA 'KAKI BULI'



Baru-baru ini, seorang individu telah mendakwa pelakon Uqasha Senrose telah membulinya ketika zaman sekolah sehingga terpaksa berpindah sekolah.

Uqasha bagaimanapun menerusi sesi live di TikTok kelmarin, menegaskan dia tidak pernah membuli sesiapa kerana dia yang banyak berpindah sekolah serta meminta individu itu memberikan bukti.


Isteri kepada pelakon Kamal Adli itu juga berasa hairan wanita itu boleh menuduhnya pernah membuli dia.

Malah lebih hairan lagi, Uqasha berkata, kenapa kes yang sudah berlaku sejak 15 tahun lalu sekarang baru hendak dibongkarkan.

"Saya tak pernah buli orang di sekolah. Ini kerana saya yang banyak berpindah sekolah ketika tingkatan empat dan lima dulu.

"Tolonglah saya nak bukti sangat. Saya percaya, kalau betul saya salah, saya tetap akan salah tapi kalau saya tak salah, saya dah sediakan lawyer semua.

"Untuk makluman, saya yang pindah sekolah, macam mana pulak dia boleh cakap dia yang pindah sekolah? Sekarang saya nak bukti. Siap cakap sampai nak bunuh diri lagi? Benda ni bukan benda kecik.

Uqasha dalam masa sama turut mempersoalkan mengapa selepas 15 tahun perkara itu didedahkan.

Klik untuk gambar besar



"Ini bukan benda kecil sampai saya terpaksa baca benda tak betul dan trending di Twitter. Kalau betul kenapa sekarang baru nak cerita? Kononnya macam-macam saya dah buat pada awak.

"Awak tuduh saya kaki buli, talam dua muka sampai buat orang lain nak bunuh diri. Saya teringin nak kumpulkan guru-guru dan rakan-rakan sebab sekolah itu pun masih ada, betul ke saya ini pembuli?" ujarnya.

Dalam pada itu, Uqasha turut membuat laporan polis berhubung dakwaan berbaur fitnah itu, selain dia juga sudah melantik peguam bagi menguruskan kes itu serta tindakan susulan yang akan diambil terhadap pengadu berkenaan.

"Semuanya akan terjawab nanti dan peguam akan buat siasatan terperinci," katanya.

Sementara itu, menurut Uqasha, serangan buli siber seperti itu langsung tidak menjatuhkan semangat dan moralnya ketika dia sendiri berdepan dugaan besar dalam hidup.

Tambah Uqasha lagi, dia perlu kuat demi kesihatan mental diri sendiri serta suami tercinta yang memerlukan perhatian sepenuhnya.

Sebelum ini, Uqasha yang masih terkejut dengan insiden suaminya, Kamal Adli diserang di Singapura itu meluahkan rasa terkilan apabila menjadi mangsa fitnah individu terbabit.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: