18 March 2023

FYNA JEBAT LUAH RASA SYUKUR KEMELUT DENGAN MADU BERAKHIR DENGAN BAIK: "SAYA TAK KISAH JIKA HENDAK MAKAN SEMEJA DENGAN MADU"



"Alhamdulillah, kami memang sudah berbaik. Selepas ini orang ramai tidak akan boleh nampak lagi insiden seperti yang pernah berlaku tempoh hari.

"Terima kasih, saya tahu ramai yang mendoakan kami. Jadi, teruskanlah mendoakan kebahagian saya dan suami.


"Saya tidak kisah jika hendak duduk atau makan semeja dengan madu, cuma ketika ini saya ada kekangan dengan jadual kerja yang padat.

"Namun untuk pihak dia, saya tidak berani beri sebarang komen. Lebih baik diajukan kepada pihak sana sendiri,"

Itulah kata penyanyi Fyna Jebat yang meluahkan rasa syukur apabila kemelut membabitkan dia dengan madunya, Datin Zalina Zaini berakhir dengan baik dan mereka mengambil keputusan menarik balik laporan polis yang sudah dibuat.

Klik untuk gambar besar



Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat, 29, berkata, keputusan itu dibuat demi kebaikan kedua-dua belah pihak.

Dalam kejadian sebelum ini, Fyna didakwa terbabit dalam pertelingkahan dengan madunya di sebuah restoran di Shah Alam, selepas selesai mengadakan persembahan Famili Duo siaran TV3.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan berlaku insiden tarik rambut di dalam restoran berkenaan.

Terdahulu, adik kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat itu membuat pengakuan sudah bergelar isteri kedua kepada bekas bintang bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: