18 March 2023

MAYA KARIN AKUI BERKAWAN RAPAT DENGAN JEJAKA PERANCIS: "KAMI MASIH DALAM PROSES KENALI HATI BUDI LAGI"



Pelakon Maya Karin, 43, mengakui dia kini berkawan rapat dan sedang mengenali hati budi seorang jejaka Perancis.

Menurut Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke, mereka sudah berkawan hampir setahun dan setakat ini hubungan berjalan dengan baik.


"Dia juga sanggup datang untuk menemani pada majlis pelancaran minyak wangi saya ini. Buat masa ini, kami masih dalam proses mengenali hati budi lagi," katanya.

Dalam pada itu, mengenai perancangan untuk berkahwin dengan jejaka perancis yang berusia awal 40-an itu, Maya menjelaskan, dia belum meletakkan sasaran ke arah itu lagi.

Ini kerana kata Maya, dia tidak mahu meletakkan harapan tinggi pada hubungan yang baru terjalin itu selepas banyak belajar dari pengalaman putus cinta sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



"Masih jauh lagi untuk hubungan kami menuju ke fasa perkahwinan kerana saya lebih suka 'go with the flow'. Kalau ada jodoh kami, adalah.

"Saya pernah menjalinkan hubungan cinta dan hati saya sangat berbunga-bunga ketika itu tapi akhirnya ia putus di tengah jalan.

"Saya sakit hati dan terluka ketika itu. Justeru, bila usia semakin matang, saya tidak mahu bercinta seperti remaja kerana mahu menjaga hati sendiri terlebih dulu," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: