29 March 2023

FADZIL ZAHARI AKUI BERITA PERGOLAKAN RUMAH TANGGA FARID KAMIL & DIANA DANIELLE TURUT BUAT KELUARGA TERKEJUT



"Bagi kami, kalau seseorang tu minta nasihat berkaitan hal rumah tangga, barulah kita bersuara. Kalau tidak, takkanlah kita nak cakap apa-apa.

"Sebagai keluarga, kami kena berikan kata-kata positif," ujar isteri kepada Fadzil Zahari, pelakon Yana Samsudin berhubung pergolakan rumah tangga abang iparnya, pelakon Farid Kamil dan isteri, Diana Danielle, dimana ia sebelum ini hangat diperkatakan.


Suami Yana yang merupakan adik kepada Farid mengakui, berita rumah tangga abangnya itu adalah kejutan untuk mereka.

Menurut Fadzil yang juga pelakon, dia dan keluarga sentiasa berdoa agar ada kata sepakat dan keputusan terbaik untuk Farid dan Diana.

Tambahnya lagi, keputusan yang dibuat perlu melihat pelbagai aspek termasuklah anak-anak.

Klik untuk gambar besar



"Kalau orang ramai pun terkejut, keluarga kami apatah lagi sebab tak ada apa-apa bayangan, tiba-tiba jadi begitu.

"Nak tanya tuan badan pun, kita tak tahu keadaan dia bagaimana. Saya sampaikan kepada mama kalau contact Farid cakap kat dia supaya sabar dan tabah. Adik-adik memang sentiasa doakan dia. Insyaallah.

"Kalau ikutkan saya tak mahu komen. Tapi, apa yang saya boleh cakap, saya doakan mereka dapat kata sepakat terbaik.

"Tak boleh tengok kedua belah pihak sahaja, tapi, kena tengok (kesan kepada) anak-anak juga. Kena ambil kira semua aspek untuk keputusan terbaik," katanya.



Dalam pada itu, Fadzil memberitahu, dia ada bertemu dengan abangnya itu dalam tempoh sebulan terakhir ini.

"Dalam sebulan terakhir ini, saya ada jumpa dia. Kebetulan mak dan abah ada di rumah. Jadi ajak dia lepak sekali.

"Perbualan pun, benda biasa, dan kebanyakan berkisar mengenai kerja dan filem dia. Kalau dia buka cerita, baru kita dengar. Kalau tak , kami pun tak tanya.

"Apa yang boleh kami buat, kami beri sokongan semangat kepada dia. Dia tulis kat media sosial, dia rindukan anak-anak semua. Saya sebagai adik, minta dia bersabar dan sebagainya," jelasnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: