29 March 2023

LUAH RASA SYUKUR ANAK KETIGA SELAMAT DILAHIRKAN - AMAR ASYRAF NAMAKAN 'AMMARA FATEEMA'



"Alhamdulillah syukur dan teruja sangat. Segalanya dipermudahkan meskipun lama juga isteri saya ambil masa nak bersalin. Lebih 16 jam.

"Kami pun sudah siap memilih namanya awal-awal lagi walaupun agak ambil masa juga. Kami agak tradisional maka akhirnya memilih nama Fateema saja.


"Alhamdulillah, 'baby' dalam keadaan baik-baik. Lahir 2.8 kilogram dan kecil saja, normallah. Saya memang sedia berjaga malam sebab saya pun meniaga malam."

Demikianlah pelakon Amar Asyraf, 37, yang meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Farhana Yusof selamat melahirkan cahaya mata ketiga yang merupakan seorang bayi perempuan, pada Sabtu lalu (25 Mac 2023), di sebuah hospital dekat Klang.

Sepakat memberi nama 'Ammara Fateema', Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, berkongsi keadaan dimana isterinya terpaksa bertarung 16 jam di bilik bersalin, selain bersyukur bayinya dalam keadaan sihat.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Perempuan Itu' berkata, dia dan isteri memang nanti-nantikan kehadiran orang baharu dan baru hari ini teruja berkongsi kepada ramai.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, isteri Amar juga sempat meninggalkan komen pada hantaran berita kelahiran bayinya ini yang dikongsikan pelakon terbabit di laman Instagram miliknya, semalam.

"Nangis tengok gambar ini. Terima kasih sayang teman saya dalam LR (bilik bersalin), dan korbankan tangan awak sekali," kata isteri Amar.

Walaupun tidak mendedahkan butiran perkahwinan, pasangan itu didakwa mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu.

Untuk makluman, Amar memiliki dua cahaya mata iaitu Muhammad Taufik dan Ammara Dian hasil perkahwinan terdahulunya bersama Arna Salleh.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: