"Saya rindu dia. Siapa nak gembirakan saya? Nak jadi badut untuk gembirakan Qasha (nama panggilan Uqasha Senrose).
"Dengan macam-macam tohmahan, saya perlukan abang," luah pelakon Uqasha Senrose menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya.
Uqasha meluahkan rasa rindu terhadap suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli selepas seminggu diserang individu tidak dikenali dalam kejadian di Singapura baru-baru ini.
Jelas Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, dia perlukan suami berada di sisinya apatah lagi dia kini berdepan dugaan hebat dituduh seorang pembuli oleh individu dipercayai rakan sekolahnya.
Menerusi hantaran sama, Uqasha turut berkongsi beberapa video yang memaparkan dia bersama Kamal sedang bergurau mesra dipercayai sebelum kejadian suaminya itu diserang.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Uqasha turut memberitahu, dia kini perlu memberi perhatian kepada Kamalagar suaminya itu segera pulih daripada kecederaan dialaminya.
Tambah Uqasha lagi, buat masa ini, dia dan Kamal sedang berjauhan kerana perlu menjalani penggambaran drama, namun tidak menjelaskan keberadaan suaminya ketika ini.
"Sebelum kejadian, sebelum ke Singapura. Saja nak tuju lagu (lagu Hindustan) ini dekat suami saya. Siapa faham lagu ini fasal isteri dia nak suami dia manjakan dia.
"Tapi sekarang saya kena manja dan bagi lebih perhatian untuk dia pulih semangat. Tapi sekarang kami berjauhan. Doakan suami Qasha cepat-cepat pulang ke pangkuan saya," katanya.
________________________
No comments:
Post a Comment