19 March 2023

"INI HARTA ARWAH MAK SAYA, KENAPA PULA UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI CAGARAN ATAUPUN SITA" - ALI PUTEH TERKEJUT MAHKAMAH BAKAL SITA RUMAH ARWAH IBU



"Saya pun terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada pakcik saya mengatakan rumah arwah mak saya.. mahkamah keluarkan perintah untuk menyita.

"Jadi saya peliklah, ini harta arwah mak saya, kenapa pula untuk dijadikan sebagai cagaran ataupun sita. Yang menjadi kes RM60,000 ini adalah antara saya dengan balu arwah abang saya.


"Tapi saya pelik, kenapa kaitkan dengan harta arwah mak saya dan dicampur adukkan dalam kes saya dengan balu arwah abang saya yang RM60,000 tu.

"Rumah arwah mak saya ini adalah di atas nama arwah mak saya, arwah bapa tiri saya. Bukannya nama saya. Mana hati budi seseorang? Saya ada anak kecil tau.

"Dengan sitaan mahkamah, surat bercop daripada mahkamah. Benda ini tak sepatutnya terjadi. Nak balas dendam kononnya ini hukum karma. Tak sebenarnya bukan, saya dah tekankan.. kes ini berlainan.

"Banyak yang tanya RM60,000 itu dah bayar ke belum. Memang belum buat bayaran pasal kes ini pendapatan kerja saya dah tak macam dulu. Kerja atau show dah tak ada, susah.

Klik untuk gambar besar



"Bukannya saya nak menolak untuk membayar RM60,000 tu, saya akan cuba membayarnya juga. Cuma saya tak boleh lah nak campak sekali gus sebab saya pun ada tanggungan, dengan kerjaya tak ada langsung. Mungkin kita cuba akan membayar secara ansuran.

"Saya diam bukan sebab saya takut tapi tak nak keruhkan keadaan lagi. Cukup orang maki hamun saya bertahun-tahun. Sebab bila keluar mahkamah kalah cakap apa pun tak akan betul.

"Saya minta jasa baik keluarga balu berhenti video fitnah, kalau awak perlukan RM60,000 untuk saya bayar. Insya Allah selagi ada daya ada rezeki saya cuba bayar. Tak payah nak tunjuk siapa yang betul lagi dah buat masa ini."

Demikianlah kata pelawak Ali Puteh yang meluahkan rasa terkejut apabila menerima surat dari mahkamah memaklumkan rumah milik Allahyarham ibunya, Sabariah Arsha bakal disita.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Ali memaklumkan, arahan itu dikeluarkan susulan gagal membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: