Menerusi perkongsian di laman Instagram, personaliti media sosial iaitu Ameera Khan atau mesra disapa Little Miss Khan, 23, telah memuat naik foto dirinya berada di Paris.
Namun perkongsian yang disertakan dengan kapsyen 'Paris you're so cute' itu mengundang kecamanwarganet dimana adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu tampil berpakaian seksi.
Dalam foto tersebut, Ameera menggayakan pakaian berona kulit yang melekap sekali gus menampakkan sosok tubuhnya.
Ameera memadankan baju turtle neck itu dengan sepasang seluar berwarna merah jambu.
Difahamkan, influencer itu berada di Paris bagi menghadiri sebuah acara fesyen anjuran jenama terkenal, Diptyque.
Klik untuk gambar besar
Meninjau ruangan komen, netizen yang rata-ratanya menerims komen negatif itu tidak bersetuju dengan pakaian yang digayakan, Ameera.
Ramai berpendapat imej yang dibawa oleh Ameera iti sesuai memandangkan dia baharu sahaja pulang dari mengerjakan umrah.
"Kenapa ya saya dapat rasakan dia pergi umrah macam pergi bercuti jalan-jalan dengan keluarga je? Tapi tak mengapalah. Itu hak masing-masing.
"Orang kata berkali-kali pergi umrah pun belum tentu masih terbuka pintu hidayah.
"Wow, balik dari umrah semakin luar biasa," antara komen-komen netizen.
Pun begitu, ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan segelintir individu yang memberikan komen kecaman terhadap personaliti itu.
"Pertamanya, itu bukan hal korang kalau dia nak post apa-apa di Instagramnya. Kalau korang tak ada perkara baik untuk bercakap lebih baik diam. Komen-komen macam inilah yang berpotensi membawa depresi kepada seseorang.
"Sebagai orang yang pernah muda, pernah buat silap. Kita doakan saja suatu ketika nanti sama-sama kembali pada fitrah@. Yang penting ada asas agama, iman memang turun naik. Dia belum matang," kata mereka.
________________________
No comments:
Post a Comment