19 March 2023

DITANYA BERAPA LAMA KENAL BEKAS KEKASIH - INI JAWAB ISTERI YONNYBOII



Baru-baru ini, seorang individu telah bertanyakan soalan sensitif sehingga membuatkan isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira meluahkan rasa berang apabila melibatkan bekas kekasihnya, Imran Aqil.

Menerusi perkongsian soalan di Instastory, individu tersebut mahu mengetahui berapa lama Nik Nazira mengenali Imran yang juga penyampai radio. "Berapa lama kenal Imran?" soal individu.


Membalas pertanyaan itu, Nik Nazira menegaskan soalan itu tidak sepatutnya ditanya memandangkan dia sudah berkahwin dan kini sedang hamil cahaya mata.

"Saya mengandung dan berkahwin. Tapi awak bertanya mengenai hubungan yang sudah dua tahun berakhir?" tegas Nik Nazira.

Tidak mahu menimbulkan sebarang drama, Nik Nazira memberitahu, dia sudah meminta kebenaran daripada suaminya dan bekas kekasih sebelum menjawab pertanyaan tersebut.

Klik untuk gambar besar



"Minta kebenaran daripada suami dan bekas kekasih dahulu sebelum saya jawab, jadi tiada drama," katanya.

Untuk makluman, Nik Nazira pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Imran sebelum mengenali Yonnyboii dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan penyanyi itu.

Yonnyboii dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021 dalam sebuah majlis pernikahan sederhana yang hanya dihadiri seramai 20 orang ahli keluarga terdekat.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: