19 March 2023

"KITA TUNGGU & LIHAT, SAYA MALAS NAK LAYAN TAPI INI MARUAH SAYA, FITNAH YANG TERUK!.. TIBA NAK BERBAIK TAPI MASIH CAKAP SAYA PEMBULI" - UQASHA SERAH PIHAK BERKUASA SIASAT



"Peguam dan polis sudah siasat semua twit-twit dia, kita tunggu dan lihat. Saya malas nak layan tapi ini maruah saya, fitnah yang teruk!

"Banyak twit dia dah padam, bagi bukti nanti ya," demikian kata pelakon Uqasha Senrose yang berkongsi mengenai perkara itu menerusi ciapan di Twitter miliknya.


Dalam kenyataan itu, Uqasha enggan melatah dengan tuduhan kononnya dia seorang pembuli, sebaliknya menggunakan saluran perundangan bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Jelas Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, dia sudah menyerahkan isu itu kepada peguam dan pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap ciapan yang dibuat oleh seorang wanita di Twitter.

Tambahnya, tindakan itu diambil disebabkan wanita terbabit secara jelas telah menjatuhkan maruahnya dengan tuduhan tidak berasas.

Klik untuk gambar besar



Sejak beberapa hari lalu, nama Uqasha menjadi bualan hangat netizen apabila seorang wanita yang mendakwa rakan sekolah aktres itu menuduhnya sebagai seorang pembuli ketika zaman persekolahannya.

Malah individu tersebut juga mendakwa pernah menjadi mangsa buli Uqasha.

Dalam pada itu, wanita berkenaan menerusi ciapan di Twitter pula memberitahu mahu menamatkan isu yang dibangkitkan selain bersedia bersemuka dengan Uqasha.

Dakwanya, Uqasha sudah berubah dan mahu pelakon itu membuktikan bahawa dia bukan lagi orang sama seperti dahulu.



"Saya sedia untuk menyelesaikan perkara dengan Uqasha dan menamatkan isu ini. Saya percaya dia telah mengubah caranya sejak itu.

"Tunjukkan kepada saya bahawa anda bukan orang yang sama pernah menyebabkan saya terlalu sakit," ujar wanita terbabit.

Bagaimanapun, dalam ciapan berbeza, Uqasha berkata, dia berasa pelik dengan kenyataan terbaharu wanita tersebut yang secara tiba-tiba mahu berbaik. "Eh tiba nak berbaik tapi masih cakap saya pembuli," tuturnya.

Pada 12 Mac lalu, suami kepada Uqasha iaitu pelakon Kamal Adli telah diserang oleh seorang lelaki menggunakan cota ketika terlibat dalam acara Hari Raya Mega Sale 2023 sehingga mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala, wajah dan badan.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: